TEHRAN: Penyiasat tentera Iran tidak menemukan bukti mengenai sebarang letupan yang disebabkan oleh sabotaj atau serangan siber dalam nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya bulan ini.
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan bahawa Staf Am Angkatan Tentera Iran pada Rabu mengeluarkan laporan kedua mengenai nahas pada 19 Mei itu, yang juga membunuh Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan lain-lain.
Menurut laporan itu, berdasarkan pensampelan dan ujian yang dijalankan ke atas bangkai dan bahagian helikopter serta corak taburan serpihan dari badan utama, berlakunya letupan yang disebabkan oleh sabotaj semasa penerbangan dan saat-saat sebelum impak dengan lereng gunung, telah dikecualikan.
Selain itu, penyiasat memeriksa dengan teliti sebahagian besar dokumen berkaitan penyelenggaraan helikopter itu dan tidak menemukan masalah yang dapat dikaitkan dengan kemalangan itu, menurut laporan itu.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa kapasiti helikopter dari segi beban standard maksimum yang boleh dibawa pada saat berlepas dan sepanjang laluan penerbangan serta laluan pulang adalah dalam "had yang dibenarkan."
Perbualan yang dirakam antara kru penerbangan menunjukkan bahawa hubungan terakhir dengan juruterbang sehingga saat kejadian dan ketika mereka berhenti menjawab berlangsung selama 69 saat, dan tiada pengisytiharan kecemasan direkodkan pada masa itu, tambahnya.
Penyiasat tentera juga menolak sebarang gangguan dalam sistem komunikasi atau gangguan frekuensi dengan helikopter.
Mereka mendedahkan bahawa semasa penerbangan dan sehingga 69 saat sebelum nahas, hubungan dengan pesawat telah dikekalkan pada frekuensi yang ditentukan.
Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa tidak terdapat tanda-tanda serangan siber terhadap helikopter presiden.
Staf Am yang mengeluarkan laporan awal mengenai insiden itu pada 24 Mei, menyatakan siasatan akan diteruskan sehingga punca utama nahas ditentukan dan hasilnya akan diumumkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Siasatan akan diteruskan sehingga punca utama nahas ditentukan dan hasilnya akan diumumkan. - Gambar fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Tiada bukti sabotaj dalam nahas helikoper Presiden Iran - Penyiasat tentera
Penyiasat tentera Iran tidak menemukan bukti mengenai sebarang letupan yang disebabkan oleh sabotaj atau serangan siber dalam nahas helikopter mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi.