BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand yang dipenjarakan Thaksin Shinawatra mengalami keletihan dan tekanan sejak minggu lepas, kata anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra.
Ketika kritikan meningkat bahawa Thaksin diberi layanan istimewa selepas dipindahkan ke hospital beberapa jam pada malam pertamanya di penjara, Paetongtarn memberitahu media bahawa keadaan Thaksin adalah akibat jangkitan COVID-19 pada 2020.
Tambahnya, Thaksin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama sembilan hari dan dimasukkan ke hospital selama sebulan pada 2020.
"Saya lebih mengambil berat tentang jantungnya... Doktor memantau segala-galanya, daripada sejarah perubatannya hinggalah kepada rawatan dan pembedahannya.
"Beliau (Thaksin) akan kekal di Hospital Besar Polis buat masa ini. Tiada rancangan untuk memindahkannya ke hospital swasta kerana pasukan perubatan di Hospital Besar Polis adalah bagus," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti Pheu Thai pada Selasa, sehari selepas melawat bapanya di hospital.
Paetongtarn menambah apabila beliau bertemu dengan bapanya pada Isnin, semangat Thaksin kekal kuat dan gembira dapat bertemu dengannya.
Thaksin yang berusia 74 tahun kembali ke Thailand pada Selasa lepas selepas 15 tahun hidup dalam buangan. Pada hari yang sama Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada bekas perdana menteri itu.
Beliau dimasukkan ke hospital di Hospital Besar Polis kerana masalah kesihatan beberapa jam selepas malam pertamanya di Penjara Reman Bangkok. Thaksin mengadu sakit dada, darah tinggi, paras oksigen darah rendah dan insomnia ketika ditahan di wad perubatan penjara.
Ketika ditanya berapa lama Thaksin akan berada di Hospital Besar Polis, Paetongtarn berkata beliau ada bertanyakan kepada doktor pada Selasa tetapi tidak mendapat jawapan.
"Terdapat banyak faktor. Sekiranya berlaku kecemasan, ia perlu kerana bapa seorang warga emas," katanya.
Sementara itu, Paetongarn berkata Thaksin akan memutuskan sama ada untuk mendapatkan pengampunan diraja.
"Terpulang kepada beliau untuk memutuskan bila dan bagaimana untuk meneruskan... Proses (menyediakan permohonan pengampunan) akan mengambil masa," katanya.
Media tempatan melaporkan bahawa kumpulan anti-Thaksin telah membuat aduan kepada Jabatan Pembetulan yang menentang percubaan Thaksin untuk mendapatkan pengampunan diraja, dengan alasan bahawa kes rasuah tidak sepatutnya mendapat pengampunan kerana ia telah merosakkan tadbir urus dan reputasi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
![Thailand: Thaksin alami keletihan dan tekanan, kata anak perempuan Thailand: Thaksin alami keletihan dan tekanan, kata anak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692676680_ThaksinShinawatra.jpg)
Thaksin dimasukkan ke ICU selama sembilan hari dan dimasukkan ke hospital selama sebulan pada 2020. - Gambar fail/Reuters/Athit Perawongmetha
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
![Dua petisyen pengampunan Najib dilancar, 135,000 bantah, 7,000 sokong Dua petisyen pengampunan Najib dilancar, 135,000 bantah, 7,000 sokong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680925038_Petisyen.jpg)
Dua petisyen pengampunan Najib dilancar, 135,000 bantah, 7,000 sokong
"Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan" dan "Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja" dilancarkan pada Jumaat
![Petisyen pengampunan Najib: Mujahid mungkin salah tafsir - Saarani Petisyen pengampunan Najib: Mujahid mungkin salah tafsir - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661377412_SaaraniMohamad.jpg)
Petisyen pengampunan Najib: Mujahid mungkin salah tafsir - Saarani
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ada berbagai-bagai tafsiran boleh dibuat mengenai isu ini.
![Petisyen: Lebih 87,000 tandatangan Najib tidak wajar diampun, 1,167 pula mohon beliau diberi pengampunan Petisyen: Lebih 87,000 tandatangan Najib tidak wajar diampun, 1,167 pula mohon beliau diberi pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607694257_keypadlaptop.jpg)
Petisyen: Lebih 87,000 tandatangan Najib tidak wajar diampun, 1,167 pula mohon beliau diberi pengampunan
Angka itu dilihat meningkat setiap minit, sejak petisyen yang disiarkan di Change.org sejak Rabu.
![NGO mohon Pengampunan Diraja, mahu Najib Razak jadi PM Interim NGO mohon Pengampunan Diraja, mahu Najib Razak jadi PM Interim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628833361_MemorandumIstanaN.jpg)
NGO mohon Pengampunan Diraja, mahu Najib Razak jadi PM Interim
Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon Pengampunan Diraja diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak sekali gus melantiknya sebagai PM Interim.
![13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong 13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51580547974_Agong.jpg)
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
![Nafi permintaan Justo untuk berpindah selaras dengan undang-undang Thai - Menteri Kehakiman Nafi permintaan Justo untuk berpindah selaras dengan undang-undang Thai - Menteri Kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439811698_AndreXavierJusto.jpg)
Nafi permintaan Justo untuk berpindah selaras dengan undang-undang Thai - Menteri Kehakiman
Di bawah undang-undang negara itu, seseorang yang memohon dipindahkan bagi menjalani baki tempoh hukuman penjaranya, mestilah mempunyai "tidak kurang dari setahun baki" tempoh hukumannya.
![Justo diberikan pengampunan oleh Raja Bhumibol Justo diberikan pengampunan oleh Raja Bhumibol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439811698_AndreXavierJusto.jpg)
Justo diberikan pengampunan oleh Raja Bhumibol
Warga Switzerland Andre Xavier Justo, yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, telah mendapat pengampunan diraja.