BANGKOK: Pengecualian visa 60 hari Thailand untuk 93 negara, termasuk Malaysia, bertujuan untuk melonjakkan pelancongan, memudahkan perjalanan dan merangsang ekonomi negara.
Walau bagaimanapun, tarikh berkuat kuasa langkah baharu ini akan diumumkan setelah selesai prosedur terakhir undang-undang.
Jurucakap Kerajaan Chai Wacharonke berkata Perdana Menteri Srettha Thavisin yakin bahawa langkah ini akan memudahkan pelancong untuk melancong ke Thailand.
Beliau berkata dasar mesra pelancong kerajaan telah berjaya, dibuktikan dengan peningkatan ketara dalam kedatangan pelancong dan hasil yang dijana oleh industri pelancongan.
"Perdana Menteri percaya bahawa langkah visa ini akan memberi kesan besar, menjadikan Thailand destinasi pelancongan utama, mencipta pekerjaan dan mata pencarian, serta memacu ekonomi untuk membangunkan kehidupan rakyat Thailand," katanya.
Chai juga berkata bahawa United States News dan akaun pengguna di X bernama World of Statistics, yang menyediakan maklumat mengenai statistik, tinjauan, dan kedudukan dalam pelbagai bidang, telah meletakkan Thailand sebagai negara keempat paling cantik daripada lebih 87 negara di seluruh dunia, di belakang New Zealand, Greece, dan Itali.
Beliau berkata kedudukan ini berdasarkan respons tinjauan global yang menonjolkan negara-negara dengan pemandangan yang paling indah dan salah satu sebab yang diberikan adalah bahawa Thailand adalah salah satu negara yang paling banyak dikunjungi di dunia, walaupun pelancongan hanya menyumbang tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK).
Pada Mei lepas, Thailand mengumumkan rancangan untuk memberikan pengecualian visa 60 hari untuk warganegara dari 93 negara dan wilayah, serta visa semasa ketibaan untuk warganegara dari 31 negara dan wilayah.
Untuk melengkapkan kedudukan terkini oleh World of Statistics sebagai negara keempat paling cantik di dunia, Srettha menulis di X, "kami akan segera memberikan pengecualian visa 60 hari untuk warganegara dari 93 negara dan wilayah dan visa semasa ketibaan untuk warganegara dari 31 negara dan wilayah."
"Selain itu, di bawah wawasan 'Ignite Thailand', kami memberikan visa 180 hari untuk nomad digital dan mereka yang melancong ke Thailand bagi mengikuti kursus Muay Thai dan masakan Thai, serta untuk seminar, menganjurkan festival muzik dan pameran seni, dan tujuan rawatan perubatan," tulisnya di X, pada Isnin.
Awal bulan ini, statistik daripada Kementerian Pelancongan dan Sukan menunjukkan bahawa Thailand telah menerima 17.5 juta pelancong asing dan menjana perolehan kira-kira 825.541 bilion baht (RM106.22 bilion) untuk separuh pertama tahun ini.
Ketibaan dari China mendahului senarai ketibaan pelancong dengan 3.43 juta, diikuti oleh Malaysia (2.43 juta) dan India (1.04 juta) dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Jurucakap Kerajaan Chai Wacharonke berkata Perdana Menteri Srettha Thavisin yakin bahawa langkah ini akan memudahkan pelancong untuk melancong ke Thailand. - Gambar fail/Freepik
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.

Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.