BANGKOK: Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat berkata beliau bersedia mengundurkan diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu Parti Pheu Thai membentuk kerajaan seterusnya, jika beliau sekali lagi gagal mendapat sokongan yang mencukupi dalam undian pusingan kedua minggu depan.
Dalam sebuah mesej video di media sosial pada Sabtu, Pita berkata beliau akan memperbaharui pencalonannya apabila Parlimen bersidang semula pada Rabu untuk undian kedua.
Beliau berkata Parti Move Forward (MFP) yang memperoleh kebanyakan kerusi dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Mei mempunyai tanggungjawab untuk membentuk kerajaan, namun usaha berkenaaan tidak berjaya.
"Saya akan berjuang sehingga akhir tetapi jika jelas MFP gagal, saya akan membiarkan Parti Pheu Thai yang mempunyai kerusi kedua terbanyak untuk membentuk kerajaan," katanya.
Dalam sidang kedua pada Rabu depan, MFP juga sedang berusaha meluluskan rang undang-undang untuk mengugurkan kuasa Senat dalam pengundian jawatan perdana menteri.
Sementara itu, Pita menggesa penyokong parti untuk membantu "meyakinkan" ahli-ahli Senat bagi menyokongnya dalam pusingan akan datang.
"Saya tidak dapat mengubah fikiran mereka (ahli-ahli Senat). Saya meminta semua orang menyertai misi ini," katanya.
Pada Khamis, Pita gagal memperoleh sokongan lebih separuh daripada 749 Ahli Parlimen.
Walaupun menjadi calon tunggal untuk jawatan itu, Pita berdepan ujian getir mendapatkan 375 undi yang diperlukan.
Beliau sebaliknya hanya mendapat 324 undi manakala 199 berkecuali.
Seramai 44 Ahli Parlimen tidak hadir pada persidangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Reaksi Pita Limjaroenrat (tengah) ketika undi dijalankan di Parlimen di Bangkok, Thailand, 13 Julai 2023. - Gambar fail AP
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.

Pita Limjaroenrat dakwa cukup sokongan jadi PM Thailand
Ketua Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat mendakwa mempunyai sokongan yang mencukupi di Dewan Senat untuk menjadi Perdana Menteri Thailand beberapa hari sebelum sesi persidangan Parlimen bermula.