BANGKOK: Pita Limjaroenrat, pemimpin Parti Move Forward, mendedahkan pada Selasa bahawa beliau telah memindahkan sahamnya dalam firma media Thailand yang tidak lagi beroperasi, iTV Plc, kepada pewaris lain sebagai usaha mengatasi sebarang halangan untuk menjadi Perdana Menteri.
Pita, yang berusia 42 tahun menjadi calon utama sebagai Perdana Menteri selepas parti beliau mencipta kemenangan mengejut dalam Pilihan Raya Umum Thailand pada 14 Mei, sambil menyatakan beliau bersedia melawan kes saham media yang "bermotif politik".
Beberapa hari sebelum pilihan raya, Ruangkrai Leekitwatana, seorang calon daripada Parti List Palang Pracharath, meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) menyiasat kelayakan Pita untuk bertanding kerana perlembagaan Thailand melarang individu yang memiliki saham dalam syarikat media daripada bertanding dalam pilihan raya.
Pita menjelaskan, saham-saham dalam iTV Plc didaftarkan atas namanya kerana mahkamah telah melantik beliau mewakili pewaris lain selepas kematian bapa beliau pada 2006.
Beliau menyatakan iTV tidak lagi beroperasi pada 2007 dan kemudian dikeluarkan daripada Bursa Saham Thailand pada 2014.
"Sementara menghadapi pelbagai tohmahan, saya memutuskan untuk berbincang dengan pewaris lain yang telah mengamanahkan saya memegang saham iTV yang diwarisi daripada bapa saya bagi pihak mereka.
"Kami memutuskan untuk memindahkan saham-saham kepada pewaris lain bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa proses pemulihan iTV yang sedang berjalan," tulisnya di Facebook.
Selepas memenangi 151 kerusi dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Mei dan meraih lebih 14.2 juta undi, Parti Move Forward dan tujuh parti lain telah membentuk gabungan dengan 313 daripada 500 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Walaupun mempunyai jumlah kerusi yang tinggi, tiada jaminan bahawa gabungan kuasa yang dipimpin oleh Parti Move Forward akan berjaya membentuk kerajaan.
Gabungan kuasa di bawah pimpinan Pita perlu memperoleh 64 undi lagi.
Pita berdepan laluan sukar ekoran 250 senator yang dilantik oleh kerajaan Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha sebelum ini juga mempunyai pengaruh dalam menentukan perdana menteri.
Para senator berkenaan cenderung menyokong parti yang berkaitan dengan tentera.
Sementara itu, gabungan lapan parti yang berharap dapat membentuk kerajaan akan menubuhkan lima kumpulan kerja tambahan bagi menangani pelbagai isu termasuk ekonomi digital, rasuah, reformasi tanah, dan kesihatan awam.
Sehingga kini, sebanyak 12 kumpulan kerja telah ditubuhkan untuk mengatasi pelbagai isu.
"Saya mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan baru, saya perlu bekerja lebih awal," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Pita Limjaroenrat ketika berkempen untuk pilihan raya di Bangkok, 11 Mei 2023. - Gambar fail BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.