BANGKOK: Thailand memulakan operasi memindahkan rakyatnya dari Tel Aviv berikutan pertempuran berterusan di Semenanjung Gaza.
Timbalan Menteri Luar Jakkapong Sangmanee berkata seramai 1,437 rakyatnya telah mendaftar untuk penghantaran pulang secara sukarela, manakala beberapa orang termasuk mereka yang cedera telah dipindahkan ke zon selamat.
"Thailand akan menghantar pulang 15 warga Thailand yang cedera pada Rabu (11 Okt) diikuti mereka yang sudah berada di zon selamat.
"Kerajaan dan Perdana Menteri, Srettha Thavisin amat mementingkan keselamatan dan kebajikan warga Thailand, dan agensi berkaitan sedang menyelaras penghantaran pulang yang pantas dan selamat," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Kumpulan pertama dijangka tiba dengan penerbangan komersial di Bangkok pada Khamis.
Jakkapong berkata Kedutaan Diraja Thailand (RTE) di Tel Aviv akan menghubungi warga Thailand yang ingin pulang dan menyelaraskan pemindahan ke tempat berkumpul untuk pemindahan.
Beliau berkata terdapat 23 warga Thailand telah meminta untuk kekal di Israel (setakat 9 pagi waktu tempatan hari ini).
Kementerian Luar Thailand memaklumkan terdapat kira-kira 30,000 warga Thailand di Israel, dan 5,000 daripadanya berada di sekitar Semenanjung Gaza.
Jakkapong berkata Jabatan Hal Ehwal Konsular telah membuka 30 talian penting tambahan (hotline) berbanding 30 talian sedia ada, untuk ahli keluarga yang ingin menghubungi/mengesan saudara mereka.
Selain itu, Jabatan juga membuka LINE Openchat yang dipanggil "Request Assistance for Thai Nationals in Israel", yang boleh mencecah 5,000 orang sekali gus, dan telah membuka halaman Facebook baharu bertajuk "The Department of Consular Affairs is Concerned for our Thai Family in Israel" sebagai satu lagi saluran komunikasi.
"Duta-duta Thailand di negara jiran telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan mengenai kemungkinan laluan pemindahan untuk warga Thailand dan bantuan lain," katanya.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
Kementerian Luar Thailand memaklumkan terdapat kira-kira 30,000 warga Thailand di Israel, dan 5,000 daripadanya berada di sekitar Semenanjung Gaza. - Gambar fail/Reuters/Mohammed Salem
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Kebakaran stor: Pejabat Parlimen Papar salur bantuan khemah dan makanan
Beberapa khemah sementara didirikan bagi menempatkan para pesakit dan kakitangan Hospital Papar, Sabah yang terkesan susulan insiden kebakaran di stor perubatan farmasi hospital itu.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.
JKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana, aplikasi sistem eBencana hadapi MTL
KKR melalui JKR mengaktifkan BiGBen dan aplikasi mudah alih Sistem eBencana JKR yang dinaik taraf, sebagai langkah mempertingkatkatkan kesiapsiagaan menghadapi MTL.