BANGKOK: Kabinet Thailand hari ini memperuntukkan 1.48 bilion baht (100 baht = RM12.65) daripada bajet kerajaan pusat untuk membiayai program yang menawarkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.
Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata 3,000 kedai termasuk kedai serbaneka, pusat beli-belah tempatan dan pasar di seluruh negara akan menyertai program selama tiga bulan itu.
Beliau berkata sekurang-kurangnya 50 unit kedai bergerak juga akan menjual produk pada harga yang lebih rendah kepada komuniti di Bangkok dan wilayah berdekatan.
"Program ini dicadangkan oleh Kementerian Perdagangan dalam usaha kerajaan untuk mencegah kenaikan harga barangan keperluan.
"Produk yang diberi diskaun termasuk produk ladang seperti ayam, telur, daging babi dan produk keperluan daripada pembekal borong tempatan," katanya pada sidang media di sini.
Tambahnya, agensi berkaitan turut mengambil tindakan menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan beban rakyat.
Minggu lepas, Bank of Thailand berkata inflasi kekal antara satu hingga tiga peratus tahun ini.
Di tengah-tengah kekurangan bekalan babi dalam negara itu, harga daging babi melonjak kepada lebih 200 baht (RM25.30) sekilogram sejak beberapa minggu lalu. Ia mendorong kenaikan harga keperluan lain seperti daging ayam dan telur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Minggu lepas, Bank of Thailand berkata inflasi kekal antara satu hingga tiga peratus tahun ini. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.