Thailand pada Selasa meluluskan lanjutan visa automatik buat kali kedua kepada warga asing yang terkandas di negara itu ekoran sekatan perjalanan dan pembatalan penerbangan berikutan pandemik COVID-19.
Jurucakap kerajaan Narumon Pinyosinwat berkata warga asing yang visanya telah tamat tempoh sejak 26 Mac akan diberi lanjutan automatik hingga 31 Julai.
"Sebelum ini, kerajaan telah memberi lanjutan visa automatik sehingga 30 April. Bagaimanapun, dengan situasi di negara lain yang masih belum reda, ramai yang akan terkandas di negara ini.
"Mereka akan berkerumun di pusat imigresen seluruh negara untuk memperbaharui visa mereka. Ini boleh mendedahkan risiko penularan COVID-19 di negara ini," katanya dalam kenyataan.
Pada 8 April, Thailand telah memberikan lanjutan visa automatik sehingga 30 April kepada warga asing yang terkandas di negara itu ekoran sekatan perjalanan dan pembatalan penerbangan kerana pandemik COVID-19.
Thailand mengisytiharkan darurat pada 26 Mac hingga 30 April.
Bagi membendung penularan COVID-19, Thailand menutup sementara semua sempadan dan pintu masuk ke negara itu kepada warga asing kecuali diplomat dan pemegang permit kerja.
Pada 15 April, Thailand melanjutkan larangan itu dan turut termasuk semua penumpang penerbangan antarabangsa dari 18 hingga 30 April dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Semalam, Thailand melaporkan 19 kes baharu COVID-19 dan seorang meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 2,811 dengan 48 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 21 2020
![Thailand beri lanjutan visa automatik kedua kepada warga asing hingga 31 Julai Thailand beri lanjutan visa automatik kedua kepada warga asing hingga 31 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41580384321_ThailandKoronaviru.jpg)
Warga asing yang visa tamat tempoh sejak 26 Mac diberi lanjutan automatik hingga 31 Julai. - AP Newsroom
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720838217_Pendatangasing.jpg)
Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin
Seramai 40 pendatang tanpa izin ditahan di Brickfields kerana tidak memiliki pas atau permit untuk tinggal di Malaysia, pas tamat tempoh serta tinggal lebih masa.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
![Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720260875_TBMAH.jpg)
Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH
Terdapat keperluan untuk menganjurkan pameran pelancongan yang lebih fokus kepada pelancongan dalam negara.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jabatan Imigresen teliti dakwaan pengarah syarikat dipukul ketika operasi Jabatan Imigresen teliti dakwaan pengarah syarikat dipukul ketika operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719616643_RuslinJusoh.jpg)
Jabatan Imigresen teliti dakwaan pengarah syarikat dipukul ketika operasi
Jabatan Imigresen juga sedang menunggu laporan lengkap daripada Imigresen WPKL dan seterusnya akan meneliti dakwaan tersebut.
![Tujuh warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram Tujuh warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718544597_tbAhmadRidhwanMohd.jpg)
Tujuh warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram
Polis menahan tujuh warga asing dipercayai cuba keluar dari Malaysia secara haram di Teluk Gadong, Klang dekat sini pada 1 pagi tadi.
![Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718519372_wargaasing.jpg)
Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, rata-rata warga asing menganggap anggota KPDN merupakan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana berpakaian seragam.
![Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41596274742_CHRISTINAROYALTI.jpg)
Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan
Sebanyak 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di perairan Taman Marin Tun Sakaran di Semporna diberikan notis arahan pengosongan yang diedarkan dari 2 hingga 4 Mei lepas.
![Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716019334_JabatanImigresenMa.jpg)
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.