BANGKOK: Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Jurucakap Kerajaan Thailand, Chai Wacharong berkata, kerajaan sedang menyediakan projek itu dan laluan rintisnya adalah antara Thailand-Malaysia bagi meningkatkan pelancongan antara kedua-dua negara.
"Untuk terus merangsang sektor pelancongan Thailand, Kementerian Pelancongan dan Sukan sedang mempercepatkan pelaksanaan Projek ASEAN Drive Tourism dengan laluan rintisnya antara Thailand dan Malaysia.
"Kedua-dua pihak telah berbincang untuk mewujudkan laluan pelancongan 'self-drive', yang akan dipersembahkan dalam bentuk peta grafik," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Chai berkata, Perdana Menteri Srettha Thavisin telah mengarahkan agensi-agensi berkaitan untuk terus memacu sektor pelancongan, dengan matlamat menjadikan Thailand sebagai Hab Pelancongan mengikut dasar kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan turut memberi penekanan yang besar terhadap pelancong dari negara-negara ASEAN, terutamanya dari Malaysia yang kini berada di kedudukan kedua dalam jumlah pelawat ke Thailand selepas China.
Merujuk data daripada Bahagian Ekonomi Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Sukan, Chai berkata, seramai 1.7 juta pelancong Malaysia telah melawat Thailand dari 1 Januari hingga 12 Mei 2024.
"Langkah pengecualian visa oleh kerajaan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada jumlah ini," katanya.
Chai menjelaskan lagi bahawa Projek ASEAN Drive Tourism akan mempunyai pelbagai peta yang akan menonjolkan tarikan tempatan yang unik di kawasan sempadan selatan Thailand dan negeri-negeri utara Malaysia, termasuk kemudahan, penginapan, dan restoran.
Beliau berkata, projek ini bertujuan untuk mempromosikan pelancongan "mesra Muslim" dan pelancongan berkaitan tempat-tempat keagamaan, yang akan dibincangkan lebih lanjut dengan agensi-agensi berkaitan dari kedua-dua negara.
"Kemajuan dalam sektor pelancongan antara Thailand dan Malaysia, yang telah berkembang dalam semua dimensi, adalah hasil nyata daripada lawatan rasmi Perdana Menteri ke Malaysia pada Oktober 2023," katanya.
Beliau menjangkakan projek ASEAN Drive Tourism ini akan dilancarkan sekitar bulan Julai atau Ogos tahun ini, di pusat pemeriksaan sempadan kedua-dua negara. - BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism." - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.