REBECCA Roberts dan pasangannya, Rhys Weaver, berusaha selama beberapa tahun untuk mendapatkan anak pertama mereka.
Tahun lalu, apa yang dinanti-nanti mereka selama ini menjadi kenyataan apabila mereka mengetahui bahawa Rebecca, selepas diberi ubat kesuburan, sedang hamil.
Ketika Rebecca menjalani ujian ultra-bunyi ketiga pada kehamilan 12 minggu, kegembiraannya bertukar menjadi kejutan apabila doktor memberitahu menemui bayi kedua dalam rahim wanita tersebut.
"Sangat mengejutkan apabila diberitahu ada dua bayi dan bukannya satu," kata Rebecca, 39 tahun dari Wiltshire, England, kepada program Good Morning America.
"Kemudian mereka memberitahu saya bahawa terdapat sela tiga minggu antara kedua-dua bayi dan doktor juga tidak memahami apa yang berlaku,” katanya seperti dilaporkan ABC News.
Kehamilan itu didiagnosis sebagai superfetation, fenomena di mana kehamilan baru berlaku selepas kehamilan pertama yang dikesan.
Ia berlaku selepas telur dilepaskan dari ovari pada dua sela masa yang berbeza dan terpisah dan kemudian telur itu bersenyawa di dalam rahim, menurut doktor mereka, David Walker yang bertugas di Royal United Hospital di Bath.
Rebecca mengatakan bahawa dia dan suami, Weaver berusaha untuk mencari maklumat dalam talian mengenai superfetation kerana ia sangat jarang berlaku.
Mereka juga diberitahu oleh doktor bahawa kembar mereka yang lebih muda, seorang anak perempuan yang mereka namakan Rosalie, mungkin tidak dapat bertahan.
Ketika Rebecca hamil 33 minggu, doktor terpaksa melakukan pembedahan kerana Rosalie telah berhenti membesar dengan betul kerana ada masalah dengan tali pusatnya.
Akhirnya, Rebecca berjaya melahirkan kedua-duanya bulan September lalu, seorang anak lelaki, Noah dan seorang anak perempuan, Rosalie.
Melahirkan ‘kembar sepasang’, Rebecca mengatakan bahawa dia telah melihat ikatan yang luar biasa antara Noah dan Rosalie, yang kini semakin membesar.
"Apabila kita meletakkannya di sebelah satu sama lain, seperti mereka langsung tahu hubungan mereka dan menyentuh wajah satu sama lain.
“Itu adalah perkara yang paling indah,” ujarnya.
TRIVIA: Apakah superfetation?
Kehamilan dalam kehamilan atau superfetation adalah ketika kehamilan kedua terjadi walaupun setelah kehamilan awal berlaku. Ovum lain (telur) disenyawakan oleh sperma dan menekap pada rahim beberapa hari atau minggu selepas yang pertama. Bayi yang lahir dari superfetation sering dianggap sebagai kembar kerana mereka mungkin dilahirkan pada hari yang sama.
Agensi
Fri Apr 02 2021
Rebecca berjaya melahirkan kedua-duanya bulan September lalu, seorang anak lelaki, Noah dan seorang anak perempuan, Rosalie. - Gambar Rebecca Roberts
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki kerugian sebanyak RM120,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dua wanita.
Tidak ada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza - Erdogan
Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Abigail buktikan wanita pun hebat dalam gusti lengan
Tidak dinafikan sukan gusti lengan sering kali dikaitkan dengan golongan lelaki kerana memerlukan kekuatan tangan dengan majoriti atlet dilihat memiliki badan yang besar atau 'sado'.
Nancy seru wanita jalani ujian mamogram
Kaum wanita diseru supaya lebih peka dan sedar kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
Memahami sel tumor kanser payudara bersifat agresif
Tumor jenis agresif umumnya dikesan dalam kanser payudara ialah triple-negative dan HER2-positive, yang mana selalunya lebih sukar dirawat, menjadikan diagnosis awal dan tindakan segera kritikal.