Ribuan tentera Ukraine memasuki wilayah Kursk pada 6 Ogos lalu dan menawan puluhan penempatan dalam serangan terbesar oleh tentera asing di bumi Russia sejak Perang Dunia Kedua.
Setakat ini, tentera Rusia gagal mengusir mereka selepas lebih seminggu berlaku konflik sengit.
Ketua tentera Ukraine, Oleksandr Syrskyi berkata pasukan Kyiv mara antara satu hingga tiga kilometer di beberapa kawasan di wilayah Kursk, 11 hari selepas memulakan pencerobohan ke Rusia.
Sementara itu, Rusia menyifatkan pencerobohan itu sebagai provokasi besar dan berikrar untuk membalas dengan tindakan yang setimpal.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Igor Klymenko berkata, Ukraine akan mewujudkan 'zon penampan' di rantau itu untuk menghalang serangan rentas sempadan Russia.