Tentera Turki kini mara ke utara Syria dengan melancarkan serangan darat sebagai sebahagian Operasi Peace Spring, lapor agensi berita Anadolu memetik Kementerian Pertahanan pada Khamis.
"Anggota komando kami yang mengambil bahagian dalam operasi itu kini mara (ke rantau ini) di timur Sungai Euphrates di utara Syria," kata kementerian menerusi ciapannya.
Turki melancarkan operasi itu pada Rabu untuk memastikan keselamatan di sempadan dengan menghapuskan pengganas, selain memastikan integriti wilayah Syria dan pelarian dapat kembali ke negara asal mereka.
Menurut Turki Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) merupakan ancaman terbesar terhadap masa depan Syria, yang menjejaskan integriti wilayah dan struktur kesatuan negara.
Negara Turki mempunyai sempadan sepanjang 911 kilometer dengan Syria, sekian lama diancam aktiviti pengganas di timur Euphrates yang membentuk "koridor pengganas" di kawasan itu.
Turki merancang menempatkan dua juta orang Syria di Zon Keselamatan seluas 30 kilometer yang akan diwujudkan di Syria, bermula dari Sungai Euphrates ke sempadan Iraq, termasuk Manbij.
Bagaimanapun, kehadiran kumpulan pengganas seperti PKK, Parti Kesatuan Demokratik (PYD) dan YPG menghalang rancangan itu.
Turki telah membebaskan kawasan seluas 4,000 kilometer persegi di Syria daripada cengkaman kumpulan pengganas dalam dua operasi rentas sempadan berasingan sejak 2016 iaitu Operasi Euphrates Shield and Operasi Olive Branch.
Kedua-dua operasi itu selaras dengan hak negara untuk membela diri di bawah undang-undang antarabangsa.
Semasa Operasi Euphrates Shield, pasukan Turki telah meneutralkan 3,060 pengganas Daesh.
Sejak 2016, operasi Perisai Euphrates dan Olive Branch di barat laut Syria berjaya membebaskan wilayah itu daripada cengkaman keganasan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) serta Daesh, membolehkan 400,000 rakyat Syria yang melarikan diri dapat pulang semula ke rumah mereka.
Dalam kempen keganasan lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK - disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan Eropah - bertanggungjawab menyebabkan kematian 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. YPG pula di bawah organisasi PKK, cawangan Syria.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
![Tentera Turki mara ke utara Syria Tentera Turki mara ke utara Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570682309_TBTURKISH.jpg)
Konvoi tentera Turki dilihat bergerak di sepanjang sempadan dengan Syria, di Akcakale, Turki, 9 Okt, 0192. REUTERS
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![AS sedia bantu Malaysia perangi keganasan AS sedia bantu Malaysia perangi keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716627963_EdgardDKagan.jpg)
AS sedia bantu Malaysia perangi keganasan
Amerika Syarikat (AS) bersedia memberikan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, kata Duta AS ke Malaysia, Edgard D Kagan.
![Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713498512_ASEANflag.jpg)
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
![Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712246231_TBOrangramai.jpg)
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
![Skuad Waja perlu jadi mata dan telinga komuniti - Nancy Skuad Waja perlu jadi mata dan telinga komuniti - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705996018_TBnancyjpg.jpg)
Skuad Waja perlu jadi mata dan telinga komuniti - Nancy
Keganasan terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia dan mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan.
![12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan 12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707308360_TBPAKISTANBOMB.jpg)
12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan.
![AS sekat empat pendatang Yahudi susulan keganasan di Tebing Barat AS sekat empat pendatang Yahudi susulan keganasan di Tebing Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704539316_TBPalestinianscla.jpg)
AS sekat empat pendatang Yahudi susulan keganasan di Tebing Barat
Amerika Syarikat (AS) kini melaksanakan sekatan terhadap empat pendatang Yahudi selepas mereka dituduh melakukan keganasan terhadap orang awam dan kemusnahan harta benda di Tebing Barat, lapor Agensi
![Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704619805_PRUbangladesh.jpg)
Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.
![13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur 13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701745949_TBkilledjpg.jpg)
13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan militan di negeri Manipur di timur laut India.
![UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701395552_TBBritainjpg.jpg)
UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
![CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699419473_CENTHRA.jpg)
CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia
Cabaran penting yang timbul semasa perbincangan ialah jurang dalam menangani pencabulan hak asasi manusia secara berkesan.