WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penamatan projek dermaga terapung pada Rabu, yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
"Misi lonjakan maritim yang melibatkan dermaga terapung telah selesai. Oleh itu, tidak lagi diperlukan penggunaan dermaga itu," kata Laksamana Madya Brad Cooper, Timbalan Komander Tentera Laut Komando Pusat, semasa taklimat dalam talian, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau menyatakan bahawa misi maritim akan beralih dari pelabuhan sementara di Gaza ke pelabuhan di Ashdod, Israel.
"Dalam beberapa minggu lepas, kami telah mula menggunakan laluan hibrid baharu dari laut dan darat untuk menghantar bantuan dari Cyprus ke pelabuhan Ashdod, Israel dan kemudian ke Utara Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan WFP (Program Makanan Sedunia)," tambahnya.
Dermaga terapung bernilai AS$230 juta itu, yang bertujuan untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza, telah mengalami beberapa penangguhan operasi.
Presiden AS Joe Biden mengarahkan penubuhan laluan laut untuk menghantar makanan dan bantuan kepada rakyat Palestin pada 8 Mac, sebagai tindak balas kepada sekatan Israel dan konflik berbulan-bulan di kawasan itu.
Biden meluahkan kekecewaannya pada sidang kemuncak NATO dua minggu lepas, dengan menyatakan bahawa beliau "kecewa" dengan kegagalan awal projek itu tetapi tetap "berharap untuk lebih banyak kejayaan."
Dermaga terapung di pelabuhan Ashdod telah beroperasi selama kira-kira 20 hari sejak pemasangannya pada Mei, walaupun menghadapi cabaran seperti cuaca buruk dan kerosakan mekanikal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Dermaga terapung bernilai AS$230 juta itu, yang bertujuan untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza, telah mengalami beberapa penangguhan operasi. - Foto Reuters
IPCC terima 348 aduan - Saifuddin Nasution
Sebanyak 348 aduan diterima Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Busana perarakan kontinjen Malaysia di Olimpik Paris elegan, diperkenal Rabu depan - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda kerana memalsukan dokumen ditangguhkan ke 1 Ogos.
'Duduk, duduk...' MP Hulu Langat-Besut bertikam lidah
Tan Sri Johari Abdul memberi penjelasan berhubung soalan-soalan dibangkitkan Che Mohamad, sebelum Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan bangkit mencelah dan meminta Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu duduk.
Ranking Daya Saing: MOF, MITI tubuh jawatankuasa, baiki ranking negara
Gerak kerja jawatankuasa itu telah bermula dengan perbincangan bersama semua kementerian dan agensi relevan dengan ranking tersebut.
Jenazah Nur Farah Kartini dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh
Van membawa jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 2.14 petang.
[TERKINI] Wan Ahmad Fayhsal digantung 6 bulan dari hadir Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan tersebut memaklumkan seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, 63 tidak bersetuju, tidak hari (46) manakala tidak undi (tiga) dengan usul berkenaan selepas ia dibahaskan oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan.
MITI lulus 2,700 projek pembuatan, hanya 2 peratus dibatalkan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih 80 peratus daripada projek itu sudah bermula dan telah dilaksanakan.
Hilang sejak Isnin, di mana Nurul Fatihah?
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Nurul Fatihah Abdullah dilaporkan hilang sejak Isnin.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266, di Istana Negara hari ini.
Tentera AS tamatkan misi dermaga terapung untuk bantuan Gaza
Tentera Amerika Syarikat umum penamatan projek dermaga terapung yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
Ribuan lagi anggota tentera AS tiba di Poland
Ia sebahagian komitmen AS kepada NATO ketika wujud ancaman Rusia mungkin menyerang Ukraine.
Muslim Pro nafi jual data peribadi pengguna - JPDP
Menurut JPDP, Muslim Pro menjelaskan maklumat yang diberikan sebelum ini kepada X-Mode bukan data peribadi.
Trump dakwa Taliban sedia berunding
Kenyataan itu dibuat ketika ketua negara Uncle Sam itu melawat pasukan tenteranya di Afghanistan sempena sambutan hari kesyukuran.
Bradley Manning mahu tukar jantina
Peraturan tentera Amerika Syarikat tidak membenarkan rawatan hormon dan permintaan Manning dilihat bakal mencetuskan kes mahkamah lagi.