TEL AVIV: Tentera Israel mengadakan latihan tembakan secara langsung di Golan Heights, sebuah bandar yang dikuasai rejim itu pada Rabu.

Golan Heights merupakan sebahagian daripada Syria sehingga tahun 1967, namun ditawan Israel dalam perang enam hari, yang kemudiannya diduduki dan dijajah rejim itu pada tahun 1981.

Penguasaan wilayah yang dibuat secara sepihak itu tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa, menyebabkan Syria menuntut pemulangan wilayah tersebut.

Latihan itu berlaku ketika pertempuran semakin memuncak di pinggir Rafah dengan kerahan tentera Israel semakin bertambah di kawasan tersebut.

Israel sebelum ini mengancam serangan besar ke atas Rafah untuk menewaskan ribuan pejuang Hamas yang dikatakan bersembunyi di sana.

Lebih sejuta orang berlindung di bandar itu sehingga mendorong amaran daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang malapetaka kemanusiaan yang bakal terjadi.