Sekurang-kurangnya empat orang terkorban apabila seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan di California sebelum pihak polis melepaskan tembakan balas dan membunuh penyerang itu di sebuah perpustakaan kolej.
Menurut polis, suspek yang berpakaian serba hitam itu memulakan serangan dengan membakar sebuah rumah yang didiami oleh ayah serta seorang saudara lelakinya.
Selepas itu, penyerang itu melepaskan tembakan rambang hanya beberapa kilometer dari tempat Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sedang berucap ketika itu.
Polis berkata seramai lima orang termasuk penyerang telah mati. Sebelum ini angka itu adalah seramai tujuh orang.
Sarjan Richard Lewis berkata lima orang lagi telah tercedera dalam kejadian itu.
Seorang suspek ditahan polis, telah dibebaskan selepas pihak polis mengesahkan bahawa hanya seorang penyerang terlibat dalam kejadian itu.
Namun demikian, identiti penyerang itu masih belum dikenal pasti.
Pastikan anda tidak terlepas berita terkini. Muat turun aplikasi percuma AstroAWANI di App Store dan Google Play.
AFP
Sat Jun 08 2013

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Tembakan rambang: 4 maut dalam serangan di Santa Monica
Sekurang-kurangnya empat orang terkorban apabila seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan di California sebelum pihak polis melepaskan tembakan dan membunuh penyerang itu.

Insiden amuk di New York, empat maut
Dalam keganasan dekat Herkimer, New York empat maut manakala dua lagi cedera ditembak lelaki bersenjata.