Oleh sebab itu ramai melihat sebarang usaha selepas ini adalah tindakan yang kurang bijak. Tetapi minggu ini peranti AI, Friend pula dilancarkan dengan ia juga dipasarkan sebagai peneman pengguna.
Friend ialah peranti AI yang setiasa mendengar dan bertindak sebagai kawan yang sentiasa di sisi. Pemilik boleh bercakap dengan Friend dengan menekan butang pada tubuhnya. Kemudian Friend akan membalas dalam bentuk notifikasi yang dihantar pada telefon yang ditambat menggunakan bluetooth.
Friends dijual pada harga $99 (~RM466) seutas dan tiada sebarang langganan bulanan. Apakah ciri lain yang boleh dilakukan oleh Friend pada ketika ini masih belum diumumkan oleh pembangun.
Jika pesanan dilakukan, Friend akan mula diterima pada Januari 2025 tetapi hanya di Amerika Syarikat terlebih dahulu. - Amanz