AMSTERDAM: Menteri-menteri Belanda kini dikehendaki menyerahkan telefon bimbit mereka sebelum Mesyuarat Kabinet bagi mengelakkan risiko pengintipan, menurut peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Dick Schoof.

Schoof telah melarang semua peranti elektronik yang mempunyai mikrofon seperti telefon pintar dan tablet daripada dibawa ke mesyuarat sebagai langkah berjaga-jaga, dan menyifatkannya sebagai "langkah yang wajar."

Sebelum ini, Schoof pernah mengetuai perkhidmatan rahsia negara ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri Judith Uitermark, tiada bukti bahawa perkhidmatan rahsia asing telah mengintip telefon bimbit menteri-menteri. Perdana menteri hanya mengambil langkah berhati-hati, katanya.

Peraturan baharu ini bermakna menteri-menteri kini perlu mencatat nota menggunakan kertas semula.

Bagaimanapun, Schoof yang dilantik sebagai perdana menteri pada Julai, membenarkan rehat untuk mengakses telefon bimbit secara berkala semasa Mesyuarat Kabinet.

-- BERNAMA