Seorang pelajar sekolah menengah di Filipina tampil dengan idea bijak apabila dilaporkan berjaya menghasilkan tenaga dari sepatu.
Ini kemudiannya boleh disalurkan sebagai alat mengecas bateri telefon bimbit atau untuk sebarang peranti lain yang mengguna bateri.
Menurut laman web interaksyon.com, Angelo Casimiro mengemukakan ideanya itu menerusi projek “"Electricity-Generating Footwear," yang dicalonkankan untuk dipertandingkan di Pameran Sains Google yang diadakan secara atas talian atau online.
Pameran itu menampilkan pertandingan ciptaan sains dan teknologi untuk mereka yang berusia dari 13 sehingga 18 tahun.
Menurut penganjur, pencalonan kini sudah ditutup.
Pemenang peringkat wilayah dan kebangsaan akan diumumkan pada 26 Jun ini. Manakala finalis peringkat antarabangsa akan diumumkan pada 8 Ogos nanti.
Pertandingan akan sampai ke kemuncaknya apabila satu pertandingan akhir akan diadakan pada 22 September nanti.
Dalam video yang dikirimkan Angelo, dia berkata telah memulakan projek ini seawal usia empat tahun lagi. Ia dilakukan bersama datuknya yang digelar sumber inspirasi utamanya.
Selepas datuknya meninggal dunia, Angelo telah meneruskan projek terbabit bagi mengenang jasa mendiang.
Susulan itu juga dia telah membuat beberapa video tutorial dan menghantar karangan berkaitan projeknya itu kepada beberapa laman web.
Hasilnya, Angelo telah memenangi beberapa pertandingan.
Apa uniknya ciptaan Angelo?
Dia telah mencipta sekeping alas kaki yang diselitkan ke dalam sepatu yang mampu menghasilkan tenaga setiap kali penggunanya melangkah.
Alas kaki terbabit disambungkan kepada sebuah pengecas yang disorokkan di dalam kasut yang kemudiannya bertindak sebagai bank tenaga.
Gajet terbabit kemudiannya disambungkan kepada peralatan USB yang digunakan untuk mengecas sebarang peranti termasuk bateri telefon bimbit.
Angelo telah membuat ujian dengan berlari selama dua jam tanpa henti.
Hasilnya adalah tenaga yang boleh digunakan selama 10 minit.
Dalam satu lagi ujian, dia telah berlari selama lapan jam dan telah berjaya mengecas sepenuhnya bateri jenis lithium ion dengan kapasiti tenaga 400 mAh.
Lebih menarik apabila dia berjaya mengecas bateri dengan hanya bermain bola keranjang untuk dua jam.
Lapik dalam kasut terbabit juga dikatakan selesa.
Paling menarik apabila kos untuk menghasilkannya adalah hanya P304 (RM22) dengan penjimatan menerusi penggunaan bahan-bahan terbuang.
Ramai yang memuji kejayaaan Angelo itu dan berjanji untuk mengundinya agar dapat muncul pemenang pertandingan itu nanti.
Angelo berkata dia bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera satu hari nanti dan bekerja dengan syarikat yang menghasilkan produk baharu dan inovatif.
Kita ketahui apakah Angelo akan berjaya muncul pemenang pertandingan ini nanti.
Astro Awani
Wed Jun 11 2014

Angelo Casimiro - Foto Interaksyon.com

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Guna kasut untuk mengecas telefon bimbit
Seorang pelajar sekolah menengah di Filipina, tampil dengan idea bijak apabila dilaporkan berjaya menghasilkan tenaga dari sepatu.