Angka korban akibat taufan Michael meningkat kepada 18, empat hari selepas ia melanda Florida.

Ini selepas operasi pencarian berjaya memasuki lokasi yang sebelum ini terputus hubungan.

Florida paling teruk terjejas selepas taufan kategori empat itu melanda pada Rabu.

Sebahagian besar negeri itu dibadai angin kencang dan hujan lebat, dengan 8 kematian dilaporkan.


BACA: Taufan Michael menghampiri Florida

BACA: Taufan Michael bakal bertukar menjadi kategori empat

[VIDEO] Kesan amukan 'Michael' di Florida


Menurut Gabenor Florida, Rick Scott, Mexico Beach kini berada dalam keadaan buruk dan menyifatkan Michael sebagai taufan terburuk pernah melanda Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa dekad.