JACKSONVILLE, FLORIDA: Seorang lelaki kulit putih menembak mati tiga orang di dalam sebuah kedai runcit Dollar General di sini, pada Sabtu dalam sebuah serangan di kawasan yang sebahagian besar dihuni oleh penduduk kulit hitam, yang disifatkan oleh polis tempatan sebagai 'bermotif perkauman.'
Penembak tersebut turut menembak dirinya sendiri.
"Penembak itu sangat membenci orang kulit hitam," pegawai polis T.K. Waters dalam sidang media.
"Tidak ada bukti sama sekali bahawa penembak itu adalah sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar."
Menurut Waters, penembak tersebut berusia dalam lingkungan 20-an.
Susulan kejadian itu, polis meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berdekatan dengan Universiti Edward Waters, sebuah universiti kecil bersejarah bagi masyarakat kulit hitam.
Datuk Bandar Donna Deegan memberitahu, tragedi tembakan ini sebagai perkara yang tidak dapat diterima.
"Satu tembakam sudah terlalu banyak, tetapi penembakan beramai-ramai seperti ini sesuatu yang amat sukar untuk diterima,” katanya seperti dilaporkan portal berita antarabangsa.
Pada masa ini, penuntut-penuntut di Universiti Edward Waters diarahkan untuk tinggal di asrama mereka, kata kenyataan dari pihak universiti tersebut.
Tiada pelajar atau fakulti yang dipercayai terlibat dalam tragedi itu, kata pihak universiti. - AP
Agensi
Sat Aug 26 2023

Anggota polis meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan kejadian tembakan yang menyebabkan tiga orang terbunuh di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat pada Sabtu. - Gambar AP

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Tiga orang mati ditembak di Florida, polis sifatkan kejadian 'bermotif perkauman'
Seorang lelaki kulit putih menembak mati tiga orang di dalam sebuah kedai runcit di kawasan yang sebahagian besar dihuni oleh penduduk kulit hitam.