TAUFAN Fiona membadai rumah dan menerbangkan bumbung serta menyebabkan bekalan elektrik terputus di dua wilayah di Kanada pada Sabtu.

Di Nova Scotia, kira-kira 380,000 pengguna masih terputus bekalan elektrik setakat petang Sabtu.

Ketua Menteri Nova Scotia Tim Houston berkata, pihaknya telah meminta bantuan ketenteraan dan bencana daripada kerajaan persekutuan.

Antara kerosakan yang dahsyat melanda adalah rumah dan jalan raya yang dihanyutkan serta jumlah pokok tumbang yang sangat banyak.

Bumbung sebuah bangunan pangsapuri runtuh dan seramai 100 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan.

Tiada mangsa yang cedera parah atau maut dilaporkan setakat ini.

Taufan pascatropika yang terbesar itu mendarat di Nova Scotia pada kekuatan kategori 4 selepas melalui Bermuda.

Pusat taufan Kanada melaporkan Taufan Fiona mempunyai tekanan paling rendah pernah direkodkan untuk ribut yang mendarat di Kanada.

Bagaimanapun, peramal memberi amaran bahawa taufan berkenaan berpotensi menjadi salah satu ribut paling kuat melanda negara.