Penyokong Vladimir Putin menggunakan gambar provokatif model perempuan memakai pakaian dalam sebagai taktik memancing undi menjelang Pilihan Raya Presiden Rusia bulan hadapan.
Kempen pilihan raya itu turut menjadi sebahagian daripada projek promosi perniagaan bagi majalah Maxim mengikut kepada ‘persetujuan’ yang telah disepakati.
Mengakui projek tersebut tidak masuk akal, ketua editor majalah berkenaan, Alexander Malenkov bagaimanapun enggan mendedahkan klien dan imbuhan yang diterima hasil daripada projek khas itu.
Akaun media sosial pro Putin memaparkan dua model seksi memakai seluar dalam di pusat pengundian sebagai usaha memaksimumkan bilangan pengundi di Kremlin khususnya golongan lelaki muda di negara itu.
Gambar tersebut turut disertakan kapsyen ‘Selamat datang ke dunia orang dewasa’, ‘Ia akan sedikit menakutkan pada awalnya, namun anda pasti menginginkannya sekali lagi’, ‘Adakah anda sudah mencapai umur 18 tahun?’.
Pelekat 18+ yang digelar ‘Gadis Pilihan Raya’ diberikan kepada mereka yang menyertai kumpulan itu di alam maya seperti dilaporkan portal www.dailymail.co.uk
Pemimpin pembangkang, Alexei Navally,bagaimanapun telah meminta penyokongnya memboikot pemilihan tersebut.
Pilihan Raya Presiden Rusia 2018 akan berlangsung pada 18 Mac depan.
Agensi
Wed Feb 28 2018
Akaun media sosial pro Putin memaparkan dua model seksi memakai seluar dalam di pusat pengundian sebagai usaha menarik golongan pengundi lelaki di Kremli - Foto www.dailymail.co.uk.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Tarik undi guna model baju dalam
Penyokong Putin menggunakan gambar provokatif model perempuan memakai pakaian dalam sebagai taktik memancing undi menjelang Pilihan Raya Presiden Rusia bulan hadapan.
Taktik terbongkar: Putin didakwa perguna wanita seksi untuk raih undi
Taktik itu dipercayai digunakan Putin untuk menarik golongan lelaki muda untuk memberi sokongan kepada kepimpinannya.