Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, adalah ‘tidak sesuai’ untuk bertanya siapa yang lebih dahsyat antara Israel dan Hitler, dalam kenyataan yang mungkin menambahkan ketegangan dengan ‘negara’ Yahudi itu.
Komen daripada Erdogan itu hadir kurang seminggu selepas Turki melantik penasihat dasar luar perdana menteri menjadi duta ke Israel, bagi menjalin hubungan diplomatik setelah enam tahun goyah, lapor AFP.
“Saya tidak bersetuju dengan tindakan Hitler dan saya juga tidak setuju dengan apa yang Israel telah lakukan. Apabila ia mengenai persoalan jutaan nyawa yang terkorban, tidak sesuai untuk bertanya siapa yang lebih dahsyat,” kata Erdogan dalam sebuah wawancara dengan televisyen Israel pada Isnin.
Hubungan antara kedua-dua negara menjadi rapuh selepas komando Israel menyerang sebuah kapal yang menuju ke Gaza pada 2010 yang telah mengorbankan 10 warga Turki, seterusnya membuatlkan Ankara menghantar pulang duta Israel serta membekukan semua kerjasama pertahanan.
Begitupun, kedua-dua pihak cuba mengembalikan hubungan ke situasi asal dan berunding tentang projek pembinaan paip bagi menyalurkan gas Israel ke Turki dan Eropah.
Namun, ketegangan masih wujud apabila Erdogan meletakkan dirinya sebagai pejuang hak Palestin dan sering mengadakan pertemuan dengan ketua hamas, Khaled Meshaal.
Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah masih melihat Hamas sebagai organisasi pengganas.
Ini bukan kali pertama Erdogan merujuk kepada pemimpin Nazi itu apabila bercakap tentang Israel.
Selepas insiden serangan pada 2010, beliau mendakwa Israel ‘menghidupkan semangat Hitler’.
Ketika Perang Gaza pada 2014 yang menyaksikan 2,251 warga Palestin maut, Erdogan berkata Israel ‘tidak rasa bersalah, tidak bermaruah, tidak memiliki kemuliaan. Mereka mengeji Hitler siang dan malam, tapi tindakan mereka mengatasi kekejaman Hitler’.
Erdogan juga menuduh Israel melakukan pembantaian terhadap rakyat Palestin.
Dalam kenyataan kepada televisyen Israel, Erdogan memberitahu beliau sedar sensitiviti untuk bercakap tentang Hitler yang telah membunuh kira-kira enam juta orang Yahudi.
Namun, beliau juga berkata, agak ‘mustahil untuk melupakan, ratusan malah ribuan nyawa yang melayang apabila Gaza diserang’.
Agensi
Tue Nov 22 2016
!['Tak sesuai untuk bertanya siapa lebih dahsyat, Hitler atau Israel' - Erdogan 'Tak sesuai untuk bertanya siapa lebih dahsyat, Hitler atau Israel' - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51446478301_RecepTayyipErdogan.jpg)
ERDOGAN: Saya tidak bersetuju dengan tindakan Hitler dan saya juga tidak setuju dengan apa yang Israel telah lakukan.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Aligator dipercayai peliharaan Hitler mati pada usia 84 tahun Aligator dipercayai peliharaan Hitler mati pada usia 84 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590383549_buaya.jpg)
Aligator dipercayai peliharaan Hitler mati pada usia 84 tahun
Saturn dilahirkan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) sebelum dihantar ke zoo Berlin, Jerman.
![Sayang Gaza, selamatkan Palestin - tabik Hitler bukan cara Sayang Gaza, selamatkan Palestin - tabik Hitler bukan cara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574872535_logo.jpg)
Sayang Gaza, selamatkan Palestin - tabik Hitler bukan cara
BDS (Boycott, Divest, Sanction) Malaysia kutuk tindakan menunjuk gaya tabik Hitler (Hitler Salute) di pentas konvokesyen UMS oleh seorang graduan.
![Pengikut fahaman neo-Nazi tembak ibu bapa teman wanita pada hari Krismas Pengikut fahaman neo-Nazi tembak ibu bapa teman wanita pada hari Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71510702203_gunshot.jpg)
Pengikut fahaman neo-Nazi tembak ibu bapa teman wanita pada hari Krismas
Remaja 17 tahun itu dituduh bunuh ibu bapa teman wanitanya selepas mereka mengetahui minatnya terhadap fahaman neo-Nazi.
!['Tak sesuai untuk bertanya siapa lebih dahsyat, Hitler atau Israel' - Erdogan 'Tak sesuai untuk bertanya siapa lebih dahsyat, Hitler atau Israel' - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51446478301_RecepTayyipErdogan.jpg)
'Tak sesuai untuk bertanya siapa lebih dahsyat, Hitler atau Israel' - Erdogan
Dalam konteks hubungan Israel dan Turki, Erdogan dilihat berhati-hati tentang isu sensitif walaupun beliau masih memainkan peranan sebagai antara pejuang Palestin.
![Kuasa kepetahan dalam politik Kuasa kepetahan dalam politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475560596_ZahidHamidi.jpg)
Kuasa kepetahan dalam politik
Kehebatan Soekarno adalah apabila dia mampu meniup semangat nasionalisme bangsa Indonesia di ambang Perang Dunia Kedua
![Fenomena cuaca panas popularkan aiskrim 'Hitler' di India Fenomena cuaca panas popularkan aiskrim 'Hitler' di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/51432913206_295x200.jpg)
Fenomena cuaca panas popularkan aiskrim 'Hitler' di India
Cuaca bahang di India menyebabkan kemunculan fenomena makan aiskrim 'Hitler' yang semakin mendapat tempat di kalangan warga India.
![Erdogan samakan pemimpin Israel dengan Hitler Erdogan samakan pemimpin Israel dengan Hitler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/41389709204_295x200.jpg)
Erdogan samakan pemimpin Israel dengan Hitler
Perdana Menteri Turki itu meningkatkan kecamannya ketika korban serangan rejim Zionis ke atas Gaza mengorbankan lebih 300 orang.
![Bung minta maaf tetapi kata 'no way' untuk letak jawatan Bung minta maaf tetapi kata 'no way' untuk letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61369955661_295x200.jpg)
Bung minta maaf tetapi kata 'no way' untuk letak jawatan
Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini meminta maaf berhubung kenyataan "Hidup Hitler" yang dibuat oleh beliau selepas kemenangan Jerman di dalam separuh akhir Piala Dunia 2014.