Taikun sosej Rusia Pavel Antov ditemui maut di sebuah hotel di Rayagada, India, dua hari selepas seorang rakan yang bersamanya melawat negara itu, meninggal dunia.
Dia dan rakannya, Vladimir Bidenov, dilaporkan melawat negeri timur Odisha.
Antov, 65, yang juga ahli politik Rusia serta tokoh terkenal di kota Vladimir, timur Moscow, dilapor ditemui meninggal dunia pada Ahad, tidak lama selepas menyambut hari lahirnya di hotel berkenaan, lapor BBC.
Musim panas lalu dia dilapor menafikan mengkritik perang Rusia di Ukraine.
Kematian jutawan itu adalah yang terbaharu dalam siri kematian melibatkan hartawan Rusia yang tidak dapat dijelaskan, sejak permulaan pencerobohan Rusia. Kebanyakan mereka mengkritik perang secara terbuka.
Polis India bagaimanapun berkata, kematian tokoh terkenal itu tiada kaitan dengan sebarang unsur jenayah dan siasatan masih dijalankan.
Bagaimanapun menurut laporan awal, Antov dipercayai terjatuh dari balkoni hotel secara tidak sengaja atau berkemungkinan bertindak membunuh diri ekoran kematian rakannya pada Jumaat.
Malah ada juga dakwaan pihak berkuasa India bahawa Antov berkemungkinan diserang angin ahmar akibat tekanan atau depresi yang dialaminya.
Laporan menyebut, rakannya ditemui meninggal dunia di dalam bilik hotel, dan siasatan turut tidak menemui unsur jeayah.
Menurut laporan media Rusia, Antov adalah salah seorang pengeluar sosej daging terkemuka di Rusia dan merupakan pengasas syarikat daging "Vladimir Standard".
Antov bukan sahaja usahawan tersohor, dia juga sebenarnya terlibat dengan beberapa kegiatan politik termasuk menjawat jawatan Timbalan Dewan Undangan Wilayah Vladimir.
Pada 2019, pendapatan tahunan Antov yang diisytiharkan sebanyak £130 juta dalam analisis Forbes Rusia, yang menjadikannya salah seorang penggubal undang-undang terkaya di Rusia.
Agensi
Tue Dec 27 2022
Antov, 65, yang juga ahli politik Rusia serta tokoh terkenal di kota Vladimir, timur Moscow, ditemui meninggal dunia tidak lama selepas menyambut hari lahirnya di hotel berkenaan. - Gambar/ @olex_scherba
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Taikun sosej Rusia maut jatuh bangunan hotel di India
Taikun sosej Rusia Pavel Antov ditemui maut di sebuah hotel di Rayagada, India, dua hari selepas seorang rakan yang bersamanya melawat negara itu, meninggal dunia.