Tabung Perpaduan Islam (ISF), sebuah organisasi di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengumumkan bantuan kemanusiaan segera kepada pelarian Rohingya yang terkandas di lautan.
Dalam satu kenyataan, OIC berkata semasa mesyuarat Kumpulan Hubungan OIC mengenai Rohingya, diadakan di luar sesi ke-42 Majlis Menteri-Menteri Luar OIV di Kuwait pada Rabu dan Khamis, geran permulaan US$200,000 (RM732,999) telah diluluskan.
OIC berkata bantuan akan disalurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi bantuan kemanusian di negara-negara yang menempatkan pelarian Rohingya, di bawah penyeliaan ISF.
Pada Persidangan Menteri-Menteri OIC di Kuwait, Duta Khas OIC ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar membangkitkan isu Rohingya semasa menyampaikan ucapan.
Beliau menggesa supaya operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan bagi menyelamatkan pelarian Rohingya dan pendatang Bangladesh yang terkandas di laut yang menghadapi kematian dan penderaan.
Syed Hamid mengulangi gesaan OIC kepada kerajaan dan rakyat di rantau ini untuk menghulurkan bantuan segera dan perlindungan kepada pelarian tersebut.
FOTO: Pelarian Rohingya mendarat di Aceh
FOTO : Pelarian Rohingya di perairan Thailand
Beliau selanjutnya mengulangi gesaan Setiausaha Agung OIC bagi menangani punca sebenar krisis melalui usaha mengurangkan kemiskinan dan pembangunan inklusif di wilayah Rakhine, Myanmar dan di Bangladesh sebagai sebahagian daripada penyelesaian jangka panjang komprehensif.
Sementara itu, OIC menyertai persidangan di Oslo, Norway mengenai 'Mengakhiri Penindasan Sistematik kaum Rohingya di Myanmar, Selasa lepas.
Dina Madani menyampaikan kenyataan bagi pihak Duta Khas OIC ke Myanmar pada Sesi Pembukaan Peringkat Tinggi bersama bekas Perdana Menteri Norway, Khell Bondevik, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas PBB Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Situasi Hak Asasi Manusia di Myanmar, Tomas Quintana.
Persidangan Oslo menangani situasi di tempat kejadian di kem-kem IDP dan perkampungan Rohingya di wilayah Rakhine serta krisis kemanusiaan pelarian Rohingya di Laut Andaman dan Selat Melaka.
Kenyataan Duta Khas OIC menekankan hujah bahawa Rohingya bukan penduduk pribumi tetapi pendatang dari Bangladesh adalah tidak boleh diterima.
Kaum Rohingya ialah masyarakat pribumi Myanmar yang menetap di negara itu sejak beberapa generasi dan dikecualikan daripada senarai minoriti etnik dalam Akta Kewarganegaraan 1982.
OIC telah beberapa kali menggesa kerajaan Myanmar supaya mengamalkan dasar telus terhadap minoriti etnik dan agama, termasuk masyarakat Rohingya Islam, sebagai sebahagian daripada proses ini dan menganggap mereka sebagai minoriti etnik menurut resolusi Perhimpunan Agung PBB 238/64.
Ketika OIC menjalankan pelbagai usaha untuk mengurangkan penderitaan pelarian dalam situasi sekarang, ia pada masa yang sama menggesa kerajaan Myanmar supaya mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan perjanjian hak asasi manusia.
Selain itu, kerajaan Myanmar juga digesa mengambil segala langkah yang perlu untuk menghentikan keganasan dan diskriminasi terhadap masyarakat Rohingya Islam dan melindungi nyawa, maruah dan harta mereka.
Bernama
Sun May 31 2015

OIC berkata bantuan akan disalurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi bantuan kemanusian di negara-negara yang menempatkan pelarian Rohingya - Foto Fail

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke ISF Jakarta
Fadillah dijangka menyampaikan ucaptama di Forum Kelestarian Indonesia atas jemputan kerajaan Indonesia.

Vans Park Series 2018: Atlet papan selaju terhebat dunia kembali ke China
Kejohanan 'park' terkemuka papan selaju, Vans Park Series (VPS) akan berlangsung buat tahun ketiga, hujung minggu ini di bandar bersejarah Suzhou di China.

PERSPEKTIF: Pemain papan selaju tempatan tidak mahu lagi 'dipijak'
Pemain papan selaju di negara ini melancarkan kempen boikot terhadap Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) di Kuala Lumpur, mereka tidak mahu lagi dipijak.

Tabung Perpaduan Islam OIC hantar bantuan segera kepada pelarian Rohingya
Tabung Perpaduan Islam mengumumkan bantuan kemanusiaan segera kepada pelarian Rohingya yang terkandas di lautan.