ISTANBUL: Suspek letupan maut di bandar terbesar Turkiye, Istanbul, mengaku kepada polis dia melakukan serangan bom itu, pihak berkuasa Turkiye mengumumkan pada Isnin.
Jabatan Polis Istanbul dalam satu kenyataan berkata suspek, Ahlam Albashir, warga Syria mengaku menerima arahan serangan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan dan sayapnya di Syria, Unit Perlindungan Rakyat (YPG), lapor Xinhua.
Ankara menyenaraikan kedua-dua PKK/YPG sebagai organisasi pengganas.
Albashir berkata dia dilatih sebagai pegawai perisik khas oleh pertubuhan pengganas dan memasuki Turkiye secara haram melalui Afrin, Syria, untuk melakukan serangan itu, menurut polis.
Pada Ahad, satu letupan menggegarkan kawasan sibuk Istiklal Avenue di sebelah Eropah Istanbul, pada 4.20 petang waktu tempatan (1320 GMT), menyebabkan enam orang maut dan 81 cedera.
Bahan letupan yang digunakan dalam serangan itu adalah trinitrotoluene TNT, salah satu bahan letupan berkuasa tinggi, kata polis dalam satu kenyataan berasingan.
Agensi kerajaan Anadolu berkata 46 suspek, termasuk penyerang, telah ditahan dalam operasi polis yang dijalankan di 21 alamat di Istanbul.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu Isnin melawat tempat kejadian dua kali dan meninggalkan bunga teluki (carnation) untuk memperingati mereka yang kehilangan nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022

Bahan letupan yang digunakan dalam serangan itu adalah trinitrotoluene TNT, salah satu bahan letupan berkuasa tinggi. - Gambar/ Reuters

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Suspek letupan bom Istanbul mengaku perisik, terima arahan serangan - Polis
Suspek letupan maut di bandar terbesar Turkiye, Istanbul, mengaku kepada polis dia melakukan serangan bom itu, pihak berkuasa Turkiye mengumumkan pada Isnin.

Istiklal Avenue Istanbul dibuka kepada pejalan kaki selepas letupan
Istiklal Avenue Istanbul dibuka semula kepada pejalan kaki selepas letupan maut pada Ahad yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 81 yang lain.