STEPHEN Hawking dianggap individu istimewa bukan hanya kerana kegeligaan otaknya malah bagaimana beliau menghadapi cabaran dalam kehidupannya termasuk ketika diserang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis atau ALS.

Kisah hidup saintis luar biasa ini dipaparkan dalam filem The Theory of Everything yang ditayangkan pada 2014.

Baca: Saintis terkemuka Stephen Hawking meninggal dunia

Filem arahan James Marsh ini menyelami kisah suka-duka Hawking termasuk alam percintaan jejaka genius ini.

Persahabatannya dengan Jane Wilde yang melahirkan bibir percintaan, seterusnya melangkah ke alam rumah tangga. Mereka berpisah namun kekal sebagai sahabat.

The Theory of Everything menerima 5 pencalonan Oscar pada 2015. Eddie Redmayne yang cemerlang menghidupkan watak Hawking dari alam remaja dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik.

Turut tercalon Felicity Jones yang memegang watak sebagai Jane Wilde bagi kategori pelakon wanita terbaik.