"Starship berlepas ke Marikh pada akhir tahun depan, membawa Optimus. Jika pendaratan itu berjalan lancar, maka pendaratan manusia mungkin bermula seawal 2029, walaupun kemungkinan lebih besar adalah pada 2031," kata Musk menerusi catatan di X.
Pada Disember 2024, Musk mendakwa kapal angkasa Starship tanpa pemandu boleh mendarat di Marikh dalam masa dua tahun, manakala misi Starship dikendalikan manusia mampu ke planet itu dalam tempoh empat tahun akan datang.
Pada September, Musk berkata manusia mesti menguasai penerbangan antara planet, jika tidak, ia boleh hilang pada masa hadapan akibat pengembangan Matahari atau perlanggaran Bumi dengan asteroid.
-- BERNAMA
