Cadangan itu dibentangkan oleh Presiden Anura Kumara Dissanayake dan mendapat kelulusan Kabinet bagi menubuhkan jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan, Lebuhraya, Pelabuhan dan Penerbangan Awam, Bimal Rathnayake.
Jawatankuasa berkenaan akan mengambil langkah-langkah perlu untuk melaksanakan sistem yang lebih berkesan dalam pelepasan kontena dari pelabuhan tanpa sebarang kelewatan, serta meningkatkan kecekapan sistem sedia ada.
Pelabuhan Colombo mengendalikan empat terminal kontena, dua daripadanya dimiliki oleh pihak swasta dan dua lagi oleh kerajaan.
Setiap hari, antara 5,000 hingga 10,000 kontena diperiksa melalui setiap terminal, termasuk penghantaran semula, menurut jabatan itu.
-- BERNAMA