ISLAMABAD: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pakistan mengeluarkan waran tangkap tidak boleh dijamin ke atas Imran Khan, sekali gus menjadikannya dakwaan terbaharu ke dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Al Jazeera melaporkan, waran yang dikeluarkan di Islamabad itu mendakwa,Imran Khan telah menghina SPR dan gagal menghadiri prosiding walaupun sudah mendapat notis dan waran sebelum ini.
Parti pimpinan Imran Khan, Pakistan Tehreek-e-Insaf yang memuat naik gambar waran tersebut di media sosial berkata, waran berkenaan diterima di kediaman Imran Khan di Lahore oleh seorang ahli pasukan guamannya.
"Notis Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan telah diterima di kediaman Pengerusi Tehreek-e-Insaaf. Notis tersebut diterima oleh Rai Muhammad Ali iaitu seorang daripada anggota pasukan guaman.
“Suruhanjaya Pilihan Raya telah meminta Pengerusi Tehreek-e-Insaf hadir pada 25 Julai. Pengerusi Tehreek-e-Insaf akan hadir di hadapan Suruhanjaya Pilihan Raya esok," kata hantaran tersebut pada Isnin.
Pemimpin politik berusia 70 tahun itu didakwa telah mengeluarkan “kata-kata kurang sopan dan menghina” badan penyelaras pilihan raya negara itu.
Pada Mei lalu, Imran Khan ditahan pihak berkuasa negara itu berhubung kes rasuah sekali gus mencetuskan pergolakan berdarah di seluruh Pakistan.
Beliau, bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan beberapa hari kemudian.
Imran Khan berdepan dengan lebih 150 pertuduhan sejak disingkirkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri Pakistan dalam undi tidak percaya di Parlimen pada April lalu.
Antara pertuduhan terhadap beliau termasuk kes rasuah, pembunuhan dan hasutan.
Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Pakistan dilaporkan berkata, kerajaan negara itu juga akan membuka prosiding jenayah terhadap beliau atas pertuduhan mendedahkan rahsia rasmi, berhubung komunikasi diplomatik antara Washington dengan Islamabad. - Agensi
Agensi
Mon Jul 24 2023

Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan mengeluarkan waran tangkap tidak boleh dijamin ke atas Imran Khan atas dakwaan telah mengeluarkan "kata-kata kurang sopan dan menghina" badan penyelaras pilihan raya negara itu. - Gambar fail REUTERS
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

China lanjutkan pinjaman AS$2 bilion kepada Pakistan selama setahun lagi
Pinjaman tersebut sepatutnya dibayar semula pada 24 Mac, tetapi China setuju tangguhkannya bagi menyokong kestabilan ekonomi dan usaha pemulihan Pakistan.

PM Palestin bincang tamatkan pencerobohan Israel dengan Pakistan, Turkiye, Mesir
Perdana Palestin berbincang dengan menteri luar Mesir, Pakistan dan Turkiye untuk menyelaraskan usaha menamatkan pencerobohan Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB
Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.

Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.

Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.

Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.