INI berita baik untuk penggemar aplikasi Snapchat!
Jika sebelum ini Snapchat cuma membenarkan pengguna memuat naik gambar atau video yang diambil "on the spot" atau secara spontan dengan pengenalan ciri baru "Memories" pengguna kini boleh melakukan lebih lagi.
Dalam kemas kini ciri baru Snapchat pada Rabu merupakan langkah besar untuk aplikasi tersebut.
Ini merupakan kali pertama aplikasi tersebut membenarkan pengguna meluaskan skop perkongsian gambar dan video yang bukan diambil secara spontan.
"Memories" membolehkan pengguna memuat naik gambar daripada galeri selain menyimpan gambar tersebut dalam koleksi yang boleh diakses kemudian mengikut acara, masa atau tema yang ditetapkan pengguna.
Ia juga membenarkan muat naik gambar dan foto yang diambil di luar aplikasi berkenaan.
"Memories" kini dipaparkan di bawah "My Story" dan ia masih mengekalkan konsep yang sama iaitu muat naik cuma bertahan 24 jam.
Namun, "Memories" menyediakan indikasi yang menunjukkan gambar tersebut bukan diambil secara spontan
Selain itu, Snapchat juga memperkenalkan ciri privasi "for my eyes only" yang menambah lapisan keselamatan dalam "Memories" dan gambar ini hanya boleh diakses dengan menggunakan kata laluan.
Astro Awani
Thu Jul 07 2016
![Snapchat perkenal ciri privasi, Memories Snapchat perkenal ciri privasi, Memories](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51467852723_Snapchat.jpg)
Snapchat membenarkan pengguna meluaskan skop perkongsian gambar dan video yang bukan diambil secara spontan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Meta Malaysia umum inisiatif baharu #TakNakScam bersama pihak berkuasa, agensi kerajaan Meta Malaysia umum inisiatif baharu #TakNakScam bersama pihak berkuasa, agensi kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659662026_NicoleTan.jpg)
Meta Malaysia umum inisiatif baharu #TakNakScam bersama pihak berkuasa, agensi kerajaan
Jenayah penipuan dalam talian merekodkan kerugian sebanyak RM5.2 bilion bagi tempoh 2020 hingga Mei lepas.
![Lapan pelacur warga asing ditahan dalam serbuan Op Noda Lapan pelacur warga asing ditahan dalam serbuan Op Noda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605573716_serbuan.jpg)
Lapan pelacur warga asing ditahan dalam serbuan Op Noda
Mereka yang ditahan terdiri daripada enam warga Thailand, seorang warga Vietnam dan seorang warga Myanmar, masing-masing berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun.
![Snapchat perkenal ciri privasi, Memories Snapchat perkenal ciri privasi, Memories](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51467852723_Snapchat.jpg)
Snapchat perkenal ciri privasi, "Memories"
Snapchat membenarkan pengguna meluaskan skop perkongsian gambar dan video yang bukan diambil secara spontan.