SERDANG:Lapan pelacur warga asing ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah hotel di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini malam tadi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman SAC Azmi Adam berkata mereka yang ditahan terdiri daripada enam warga Thailand, seorang warga Vietnam dan seorang warga Myanmar, masing-masing berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun.
"Polis turut menahan 10 pelanggan terdiri daripada tujuh lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun dan dua lelaki yang menjaga premis itu iaitu seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar.
"Premis itu menjalankan aktiviti pelacuran beroperasi bermula 12 tengah hari hingga 10 malam," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu malam tadi, yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah.
Beliau berkata premis itu menjalankan operasi dengan mempromosikan perkhidmatan mereka menggunakan aplikasi media sosial seperti WeChat dan WhatsApp selain menerima pelanggan yang datang secara 'walk in.'
Katanya premis itu turut disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian selepas polis menemukan lima komputer yang digunakan untuk tujuan tersebut.
Azmi berkata polis merampas barangan antaranya kondom, tisu, pelincir dan wang tunai sebanyak RM1,266 dalam serbuan yang bermula pada 7.30 malam dan berakhir pada 11 malam itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Beliau berkata semua yang ditahan juga dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Sebahagian daripada seramai 19 orang yang ditahan, dibawa masuk ke dalam lori tahanan pada serbuan Ops Noda Jabatan Siasatan Jenayah Serdang di South City malam tadi. --fotoBERNAMA
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
Polis tahan lelaki warga asing gaduh, korek mata
Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan parah apabila bebola mata kirinya dikorek.
Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.
JIM serbu sarang khidmat seks tawar tempahan dalam talian
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menggempur sarang khidmat seks yang menawarkan tempahan secara dalam talian menerusi beberapa serbuan di sekitar Shah Alam dan Damansara semalam.
Op Tebuk: Polis tembak mati empat penjenayah warga asing
Pemeriksaan mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang disyaki digunakan untuk menyerang anggota polis.
Wanita maut jatuh atas bumbung pusat beli-belah
Setibanya bomba di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa wanita disyaki warga asing telah terjatuh di atas bumbung pusat beli-belah.
14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, pada 29 Okt lepas.
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Tiga individu ditahan terlibat tawar khidmat pelacuran dalam talian
Dua wanita warga asing yang dipercayai sudah terlibat dengan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas menerima RM120 bagi setiap pelanggan.
Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 27 GRO ditahan
Polis menahan 27 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai GRO dalam serbuan Op Noda #KLStrike Force di sebuah pusat hiburan tanpa lesen.