PEGUAM anti-rasuah yang terkenal, Zuzana Caputova memenangi Pilihan Raya Presiden Slovakia pada Sabtu, sekali gus menjadi wanita pertama memegang jawatan itu di Slovakia.
Kehebatan Caputova yang dibandingkan dengan peguam Amerika terkenal, Erin Brockovich, itu menggunakan sentimen kemarahan rakyat Slovakia yang berang dengan isu rasuah di negara itu untuk meraih kemenangan.
Sepanjang kempen, isu rasuah dan perubahan dalam cara berpolitik merupakan tema utama kempen Caputova, mengingati seorang wartawan, Jan Kuciak yang dibunuh bersama tunangnya di rumah mereka, ketika membuat laporan kes penipuan berprofil tinggi.
Caputova, yang merupakan pro Kesatuan Eropah mendapat 58.3% udian daripada 98.1% undian yang dikira, mengatasi Ahli Pesuruhjaya Eropah, Maros Sefcovic, yang mendapat 41.7% undian.
Sefcovic merupakan seorang diplomat yang dihormati dan turut mendapat sokongan parti pemerintah, Smer yang mendominasi politik Slovakia sejak 2006.
Dalam ucapan kemenangan, Caputova mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Slovak serta golongan minoriti dalam pelbagai bahasa termasuk Hungary, Czech dan Ruthenia.
Ian Johan Ariff
Sun Mar 31 2019
Zuzana Caputova mendapat jolokan sebagai Erin Brokovich Slovakia, dipilih sebagai Presiden baharu Slovakia
[TERKINI] Hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah.
[TERKINI] Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
AWANI Ringkas: Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat rakyat Malaysia disah cedera dalam kemalangan bas di Norway
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan empat rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Pasresvatnet, Norway Khamis lalu.
Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
Amaran hujan berterusan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Dis 2024.
Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.
Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Slovakia pilih wanita sebagai Presiden
Erin Brockovich Slovakia, Zuzana Caputova menang pilihan raya presiden negara itu, mengatasi diplomat Eropah, Maros Sefcovic.