SINGAPURA: Lembaga Kewangan Singapura (MAS) dan Persatuan Bank Singapura (ABS) memperkenalkan set langkah keselamatan tambahan bagi memperkukuh sistem perbankan digital, memandangkan penipuan pancingan data pengguna menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semakin menjadi-jadi.
"MAS mengambil berat tentang siri penipuan baru-baru ini dan kerugian kewangan yang dialami mangsa. Ancaman penipuan tidak akan hilang, tetapi kami boleh mengurangkan kelemahan sistem daripada diserang," kata Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon, dalam satu kenyataan.
"Ia memerlukan tindak balas serampang pelbagai merentasi ekosistem," tambahnya.
Menurut Menon, MAS dan pihak polis, Agensi Pembangunan Media Infocomm, serta agensi kerajaan lain yang berkaitan, bekerjasama dengan industri kewangan dan syarikat telekomunikasi, persatuan pengguna dan pihak berkepentingan lain bagi mengukuhkan daya tahan kolektif daripada serangan penipuan.
"Kami akan memastikan bahawa perbankan digital kekal selamat, cekap dan dipercayai," katanya. Bank-bank di Singapura dengan rundingan dengan MAS, akan berusaha melaksanakan langkah lebih ketat dalam tempoh dua minggu akan datang, antara lain menyingkirkan pautan klik menerusi e-mel atau SMS yang dihantar kepada pelanggan persendirian.
"Bersama-sama MAS serta pemain ekosistem, industri perbankan akan terus diperkukuh bagi melindungi pengguna," kata pengerusi Persatuan Bank-Bank di Singapura (ABS) Wee Ee Cheong.
"Kami juga meminta orang ramai sentiasa berwaspada memandangkan kes penipuan terus meningkat dan dilaksanakan dengan cepat.
"Kami tetap komited mempertahankan keyakinan pelanggan dalam urus niaga secara dalam talian dengan selamat, sambil mengekalkan tahap perkhidmatan yang memuaskan."
Dilaporkan bahawa hampir 470 pelanggan OCBC kerugian sekurang-kurangnya S$8.5 juta pada Disember lalu akibat penipuan pancingan data.
Mangsa menerima mesej SMS yang kononnya dari pihak bank, mendakwa terdapat masalah terhadap akaun perbankan dan pengguna diminta menekan pautan yang diberikan bagi menyelesaikan isu itu.
Pautan itu seterusnya membawa kepada laman web bank palsu dan mangsa diminta memasukkan butiran log masuk akaun perbankan Internet.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Dilaporkan bahawa hampir 470 pelanggan OCBC di Singapura kerugian sekurang-kurangnya S$8.5 juta pada Disember lalu akibat penipuan pancingan data. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.