SINGAPURA: Singapura sedang meneliti kemungkinan untuk mendapatkan ujian tambahan selain suntikan vaksin bagi pertimbangan perjalanan, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) Mengenai COVID-19.
"Saya fikir kami juga mungkin akan melihat beberapa jenis ujian terhadap individu dan ia mungkin termasuk ujian antibodi untuk memastikan orang itu telah divaksin tetapi juga mempunyai tindak balas antibodi terhadap vaksin.
"Jadi itu adalah satu lagi cara yang kita boleh tentukan bahawa vaksinasi telah berkesan dan memberi tindak balas imun terhadap individu itu," kata Pengerusi Bersama MTF Lawrence Wong yang juga Menteri Pendidikan, pada sidang media maya pada Rabu.
Wong menjawab soalan sama ada republik itu hanya akan menerima bukti vaksin yang sudah diluluskan di dalam sempadannya untuk sijil vaksinasi pengiktirafan bersama sedangkan pelbagai jenis vaksin digunakan oleh negara lain.
Tanpa mengira jenis vaksin yang digunakan di mana-mana negara, Wong berkata ia memberi kesan dalam membantu mengurangkan kejadian dan penularan virus, iaitu dapat mengawal jangkitan itu secara terkawal.
"Dan pada masa akan datang ia akan menjadi negara berisiko rendah dan anda tahu bahawa dalam rangka kerja kami untuk perjalanan, kami mempunyai pengkategorian berdasarkan risiko," katanya.
Setakat ini, Pfizer-BioNTech dan vaksin Moderna COVID-19 telah diluluskan untuk kegunaan di Singapura.
Bagi program vaksinasi republik itu, MTF berkata 1,109,000 dos vaksin COVID-19 telah diberikan pada 23 Mac, dengan lebih 799,000 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Daripada jumlah itu, 310,000 individu telah menerima dos kedua dan melengkapkan regimen vaksinasi penuh, katanya.
Mulai 24 April, MTF berkata individu yang telah melengkapkan kedua-dua suntikan dan mempunyai masa untuk membangunkan perlindungan yang mencukupi - dua minggu selepas dos kedua vaksin - boleh mendapat kemasukan ke acara tanpa perlu menjalani ujian praacara.
Pada tarikh yang sama, beberapa aktiviti terpilih termasuk majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan akan dibenar dijalankan pada skala lebih besar jika mereka melaksanakan ujian sebelum acara untuk hadirin.
Had kehadiran bagi majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan akan ditingkatkan kepada 250 hadirin daripada 100, kata MTF.
Sementara itu, bermula 5 April, MTF berkata negara itu akan beralih daripada aturan bekerja dari rumah kepada cara bekerja lebih fleksibel dan hibrid.
Sehingga 75 peratus pekerja yang sekarang bekerja dari rumah boleh berada di tempat kerja pada satu-satu masa, berbanding 50 peratus pada masa ini, menurut MTF.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021
Singapura sedang meneliti kemungkinan untuk mendapatkan ujian tambahan selain suntikan vaksin bagi pertimbangan perjalanan. - Reuters
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.
Dua rakyat Malaysia cedera terlibat kemalangan di Singapura, seorang di ICU
Dua rakyat Malaysia sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Ekspreswe Seletar (SLE), Isnin malam.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Malaysia-Singapura tingkat kerjasama jenayah rentas sempadan, tambah elemen jenayah siber
Malaysia dan Singapura akan terus memperkukuh kerjasama bagi membanteras jenayah rentas sempadan dengan menambah elemen jenayah siber selari dengan keperluan semasa.
Singapura perkenal undang-undang perkukuh perlindungan terhadap diskriminasi di tempat kerja
Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada Selasa.
Pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak ketika cuti hujung tahun
ICA menasihati pengembara untuk mengambil kira masa menunggu tambahan dari 15 Nov hingga 1 Jan 2025, terutamanya pada hujung minggu.
Warga Singapura tikam paderi, didakwa di mahkamah
Seorang lelaki warga Singapura didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang paderi.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.