SINGAPURA: Singapura yang sebelum ini mengharungi pandemik COVID-19, sepertimana negara-negara lain, sekali lagi sedang diuji di tengah-tengah senario kemelut geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Dalam ucapannya bersempena Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) 2023 bertajuk 'A Better Home, A Brighter Future' pada Ahad, beliau berkata : "Kita (Singapura) turut merasakan tekanan yang semakin ketara di sekeliling kita."
Beliau sebelum itu menyampaikan ucapannya dalam bahasa Melayu dan seterusnya bahasa Mandarin.
Lee berkata, persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dan China jelas memberi kesan kepada semua negara dan rantau dunia dengan sikap kedua-dua negara itu yang saling berwaspada dan tidak percaya yang kian mendalam.
"(Berikutan itu) negara-negara lain perlu memilih jalan selamat untuk mengelak daripada turut terbabit sama," katanya.
Menyuarakan kebimbangan mengenai konflik berterusan di Eropah, Lee menyifatkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sebagai satu tragedi kemanusiaan dan serangan terhadap norma serta nilai-nilai antarabangsa.
"Ini merupakan satu amaran kepada negara-negara lain untuk tidak sekali-kali memandang ringan keamanan dan mengingatkan kita mengenai kepentingan pasukan Angkatan Bersenjata Singapura yang kuat," katanya.
Selain itu, Lee berkata orde atau aturan ekonomi dunia semakin susut manakala konsep globalisasi juga kian lemah.
"Rantaian bekalan kini berpecah. Kalangan negara-negara bertindak melaksanakan pelbagai langkah perlindungan. Ini menjejaskan semua negara, terutama negara perdagangan kecil dan terbuka seperti kita," katanya.
Di sudut lain, beliau berkata dunia turut mengalami cuaca melampau akibat daripada pemanasan global.
"Dari China dan Jepun ke Eropah dan AS, tiada rantau yang terkecuali daripada bencana banjir, kemarau, gelombang haba serta kebakaran liar.
"Keadaan itu menjejaskan pengeluaran serta harga makanan di serata dunia. Walaupun ini belum lagi dirasakan sepenuhnya di Singapura, tetapi kita tidak boleh menolak kemungkin ini akan berlaku," katanya.
Beliau berkata, Singapura juga sedang berusaha untuk bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi dan menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang lebih positif dan mengelak daripada kemelesetan.
"Inflasi akhirnya turun, namun ini berkemungkinan akan kekal tinggi daripada apa yang biasa kita alami. Kos sara hidup masih terus berlegar dalam fikiran semua.
"Kita akan bersama-sama mengharungi cabaran ini," katanya.
Pada 11 Ogos lepas, Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2023 kepada 0.5-1.5 peratus, susulan prospek permintaan luaran yang kekal lemah.
Angka itu lebih rendah daripada unjuran sebelum ini pada julat 0.5-2.5 peratus.
Sebelum itu pada 24 Julai lepas, MTI dan pihak Penguasa Kewangan Singapura menyatakan bagi keseluruhan 2023, inflasi utama dan teras diunjur masing-masing antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus serta 3.5 peratus dan 4.5 peratus.
Dalam ucapannya itu, Lee turut berkongsi mengenai perkembangan berkaitan pelan peralihan pucuk pimpinan Singapura dan mengakui dalam usaha bersedia menghadapi masa depan, tugas penting adalah berkaitan dengan aspek kepimpinan itu.
"Seperti yang anda semua maklum, rancangan asal saya adalah untuk menyerahkan (jawatan ini) dan berundur sebagai perdana menteri menjelang 2022, iaitu sebelum ulang tahun saya yang ke-70. Bagaimanapun, rancangan itu telah dijejaskan oleh pandemik.
"Namun kini, COVID-19 telah berakhir dan pelan peralihan itu kembali di landasan yang sewajarnya," katanya yang turut memberi jaminan bahawa beberapa kontroversi yang menjadi perhatian rakyat Singapura baru-baru ini, tidak akan menangguhkan jadual perancangan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Singapura yang sebelum ini mengharungi pandemik COVID-19, sepertimana negara-negara lain, sekali lagi sedang diuji di tengah-tengah senario kemelut geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. - Gambar fail/REUTERS
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Dua rakyat Malaysia cedera terlibat kemalangan di Singapura, seorang di ICU
Dua rakyat Malaysia sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Ekspreswe Seletar (SLE), Isnin malam.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Malaysia-Singapura tingkat kerjasama jenayah rentas sempadan, tambah elemen jenayah siber
Malaysia dan Singapura akan terus memperkukuh kerjasama bagi membanteras jenayah rentas sempadan dengan menambah elemen jenayah siber selari dengan keperluan semasa.
Singapura perkenal undang-undang perkukuh perlindungan terhadap diskriminasi di tempat kerja
Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada Selasa.
Pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak ketika cuti hujung tahun
ICA menasihati pengembara untuk mengambil kira masa menunggu tambahan dari 15 Nov hingga 1 Jan 2025, terutamanya pada hujung minggu.
Warga Singapura tikam paderi, didakwa di mahkamah
Seorang lelaki warga Singapura didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang paderi.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.