SINGAPURA: Selepas hampir dua dekad, Singapura akan menyaksikan satu peristiwa bersejarah pada petang Rabu apabila republik itu melantik perdana menteri baharu.
Dalam peralihan kepimpinan yang lancar, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004. Upacara angkat sumpah akan berlangsung pada 8 malam di Istana.
Wong, seorang penjawat awam sebelum menceburi arena politik pada tahun 2011, dilihat sebagai calon perdana menteri selepas dinamakan sebagai pemimpin pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada April 2022, selepas Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat berundur daripada peranan itu.
Penyerahan teraju pucuk pimpinan itu disahkan selepas kenyataan pada 15 April apabila Lee mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan pada 15 Mei.
Wong yang mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen (MP) PAP, akan menggantikannya.
Pada Isnin (13 Mei), Lee secara rasmi telah memaklumkan kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam mengenai hasratnya untuk meletak jawatan dan menasihatkan Tharman untuk menjemput Wong, yang mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan seterusnya.
Wong yang juga MP GRC Marsiling-Yew Tee telah menerima jemputan Tharman dan seterusnya memaklumkan kepada presiden tentang barisan Kabinet baharu beliau, yang juga akan mengangkat sumpah pada 15 Mei.
Senarai itu menyaksikan perubahan yang minimum dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Lee sementara itu akan dilantik sebagai Menteri Kanan dalam barisan kepimpinan baharu dan akan kekal sebagai Pengerusi Majlis Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan.
Dalam sidang media pada Isnin, Wong menyatakan beliau berhasrat untuk "mengimbangi keperluan demi kesinambungan dan pembaharuan" dengan barisan Kabinet baharu ketika kerajaan menghampiri penghujung penggalnya, dengan pilihan raya umum akan datang perlu diadakan menjelang November 2025.
Wong menekankan bahawa Kabinetnya akan memberi tumpuan kepada isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat Singapura seperti kos sara hidup, pekerjaan, inisiatif 'Forward Singapore' dan rancangan jangka sederhana lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004. - Reuters
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
Singapura seru pembaharuan UNSC, hadkan hak veto
Singapura menggesa pembaharuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk mengekang pelaksanaan veto oleh lima anggota tetapnya.
Malaysia dan Singapura rakan baik, saling bekerjasama erat - PM Anwar
Malaysia dan Singapura adalah rakan yang baik tidak seharusnya terganggu oleh sebarang isu yang timbul antara kedua-dua negara.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan di semua pusat pemeriksaan
ICA akan meningkatkan pemeriksaan darat, udara dan laut berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
New Zealand, Malaysia dan Singapura meterai MoU untuk tingkatkan kerjasama ekonomi
Ia adalah kerjasama ekonomi antara tiga negara, memfokuskan kepada perdagangan, pelaburan dan rangkaian perniagaan.
Pelbagai kereta hangus dalam kebakaran di tempat letak kereta di Singapura
SCDF berkata hasil siasatan awal menunjukkan bahawa kereta terlibat bukanlah kenderaan elektrik. Punca kebakaran masih dalam siasatan.