Singapura hari ini melaporkan tiga lagi kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kepada 96 orang.
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan tiga kes terbaharu itu melibatkan warganegaranya yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China, atau Daegu dan Cheongdo di Korea Selatan.
MOH menyatakan bahawa satu daripada kes yang disahkan hari ini melibatkan seorang pelajar di Raffles Institution berusia 12 tahun yang mempunyai kaitan dengan kes ke-94 iaitu seorang wanita berusia 64 tahun, tinggal di kawasan Jalan Jurong Kechil.
Pelajar itu kini ditempatkan di bilik isolasi di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.
Selain itu, MOH memaklumkan empat lagi kes jangkitan COVID-19 telah dibenarkan keluar dari hospital; masing-masing dua rakyat tempatan dan warganegara China yang mempunyai kaitan dengan kluster gereja Grace Assembly of God, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih setakat ini ialah 66 orang.
Daripada 30 kes yang disahkan dan masih berada di hospital, kementerian itu menyatakan kebanyakan mereka stabil atau semakin pulih manakala lapan pesakit dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.
Sehingga tengah hari tadi, MOH telah mengenal pasti 2,887 kontak rapat yang telah dikuarantinkan, dan daripada jumlah ini, 245 sedang dikuarantin manakala 2,642 telah menyempurnakan tempoh kuarantin mereka.
Setakat ini, lapan kes positif dikaitkan dengan kluster The Life Church and Missions Singapore; 23 kes kluster gereja Grace Assembly of God, sembilan kluster kedai ubat Yong Thai Hang; tiga dengan mesyuarat perniagaan swasta yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Singapura dan lima dengan tapak pembinaan Seletar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 27 2020
Satu daripada kes yang disahkan hari ini melibatkan seorang pelajar di Raffles Institution berusia 12 tahun yang mempunyai kaitan dengan kes ke-94 iaitu seorang wanita berusia 64 tahun. - Reuters
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
COVID-19: Rakyat Malaysia antara kes positif terkini di Singapura
Kes ke-100 adalah seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 20 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini serta ke daerah Cheongdo dan bandar Daegu di Korea Selatan.
Singapura sahkan tiga lagi kes positif COVID-19
Singapura hari ini melaporkan tiga lagi kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kepada 96 orang.
Korea Selatan catat 229 kes baharu, kematian kedua akibat COVID-19
Korea Selatan merekodkan 229 lagi kes positif jangkitan wabak COVID-19, menjadikan jumlah semasa jangkitan di negara itu kepada 433.