Singapura melakukan usaha bersepadu untuk membantu pekerja pertengahan umur dan matang berikutan mereka mewakili 60 peratus daripada tenaga kerja republik itu.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha nasional di tengah-tengah ancaman COVID-19.
"Tenaga kerja kami lebih berusia hari ini berbanding lewat 60-an semasa British mula menarik diri, dan semasa kemelesetan pada pertengahan 80-an," kata Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dalam siri siaran menteri bertajuk "A Stronger And More Cohesive Society" di sini pada Rabu.
"Pada masa itu, kurang 30 peratus daripada tenaga kerja kami berusia 40 tahun atau lebih.
"Hari ini, peratusannya sebanyak 60 peratus, dua kali ganda daripada sebelumnya. Malah, ramai pekerja hari ini berusia 50 tahun atau lebih," kata Tharman, yang juga Menteri Penyelaras untuk Dasar-Dasar Sosial.
"Kebanyakan mereka yang berusia 50-an dan 60-an mempunyai pendidikan di peringkat sekolah menengah. Mereka mempunyai kurang peluang pendidikan berbanding generasi muda hari ini.
"Bagaimanapun, mereka adalah generasi yang rajin dan mempunyai semangat yang tinggi, serta mempunyai banyak kemahiran dan pengalaman," katanya.
Tharman berkata kerajaan akan berusaha untuk membantu mereka meneruskan kerjaya mereka dalam bidang pekerjaan mereka.
Menurut beliau, kerajaan akan memberi sokongan tambahan kepada majikan apabila mereka menggaji warga Singapura pada pertengahan umur dan lebih berusia.
"Ini, merupakan usaha nasional," katanya, sambil menambah "ia memerlukan pemikiran baharu dalam kalangan majikan, untuk memberi peluang yang adil kepada pekerja Singapura pertengahan umur dan matang untuk membuktikan diri mereka."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020

Ia merupakan sebahagian daripada usaha nasional di tengah-tengah ancaman COVID-19. - Gambar fail/REUTERS

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Singapura bantu pekerja matang
Singapura melakukan usaha bersepadu untuk membantu pekerja pertengahan umur dan matang berikutan mereka mewakili 60 peratus daripada tenaga kerja republik itu.