SINGAPURA: Singapura bakal memiliki jana kuasa hidrogen pertamanya, Keppel Sakra Cogen Plant, yang dijangka siap sepenuhnya pada separuh pertama 2026.
Ini apabila Keppel Infrastructure Holdings Ltd menerusi unit milik penuhnya Keppel Energy, telah mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) untuk membangunkan jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) canggih berkuasa 600MW.
Keppel Infrastructure ialah unit milik penuh Keppel Corporation, syarikat multinasional Singapura yang menyediakan penyelesaian bagi pembandaran mampan.
Keppel Infrastructure dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya berkata jumlah pelaburan bagi Keppel Sakra Cogen Plant yang akan dibina di sektor Sakra di Pulau Jurong, dijangka sekitar S$750 juta.
Syarikat itu berkata sebagai jana kuasa CCGT, ia akan dapat menghasilkan wap untuk digunakan dalam proses perindustrian bagi pelanggan tenaga dan kimia di Pulau Jurong.
"CCGT canggih ini akan menjadi paling efisien dalam kalangan jana kuasa di Singapura dan akan dapat menjimatkan sehingga 220,000 tan CO2 setahun berbanding purata kecekapan operasi Singapura bagi kuasa setara yang dijana," katanya.
Sementara itu, ketua eksekutif Energy Market Authority (EMA) Ngiam Shih Chun berkata permintaan kuasa elektrik Singapura dijangka berkembang seiring dengan peningkatan pembekalan elektrik dan pertumbuhan ekonomi.
Oleh itu, Ngiam berkata EMA mengalu-alukan pelaburan oleh sektor swasta untuk membawakan teknologi terbaik dalam penjanaan kuasa.
"Jana kuasa hidrogen oleh Keppel ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pelepasan karbon. Ini akan menyokong peralihan Singapura kepada tenaga lebih mampan pada masa depan di samping memastikan jaminan bekalan elektrik kepada pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022

Sebagai jana kuasa CCGT, Keppel Sakra Cogen Plant akan dapat menghasilkan wap untuk digunakan dalam proses perindustrian bagi pelanggan tenaga dan kimia di Pulau Jurong. --fotoBERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Singapura akan miliki jana kuasa hidrogen pertama menjelang separuh pertama 2026
Keppel Energy mencapai keputusan pelaburan akhir untuk membangunkan jana kuasa turbin gas kitaran gabungan canggih berkuasa 600MW.