ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan pada Selasa mempergiat usaha memindahkan ribuan keluarga susulan ribut tropika Biparjoy semakin menghampiri dan dijangka bertukar menjadi siklon yang "amat kuat".
"Kami akan menyelesaikan pemindahan pada pagi Khamis," kata pengerusi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) Leftenan Jeneral Inam Haider Malik kepada pemberita di Islamabad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau berkata setakat ini, sekurang-kurangnya 26,000 orang telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Kira-kira 100,000 orang dari kawasan pantai akan dipindahkan sebelum satu daripada taufan terkuat dijangka melanda wilayah Sindh di Pakistan dalam tempoh hampir 25 tahun dan siklon itu diramal mendarat pada 15 Jun.
Wilayah berkenaan pernah dilanda banjir besar tahun lalu dan puluhan ribu orang masih bergelut untuk membina semula kehidupan mereka.
Siklon itu berada pada jarak sekitar 470 kilometer (km) dari bandar pelabuhan Karachi, menurut Jabatan Metrologi Pakistan.
Sebuah loji janakuasa nuklear di Karachi dan beberapa loji janakuasa arang batu di daerah jiran akan tutup dalam masa beberapa hari lagi yang mungkin akan menimbulkan isu bekalan tenaga.
"Berbahaya untuk mengendalikan loji kuasa ketika angin kencang," kata Menteri Tenaga Khurram Dastgir.
Kerajaan wilayah itu juga sedang bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir kerana curahan hujan sebanyak lebih 100 milimeter diramal berlaku di Karachi.
Menteri Perubahan Iklim Sherry Rehman berkata kawasan pantai amat berisiko tinggi dengan gelombang ombak dijangka antara 2.4 dan 3.7 meter.
Beliau berkata curahan hujan sebanyak 113 mm diramal di Karachi dan bandar itu berkemungkinan berdepan masalah banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Setakat ini, sekurang-kurangnya 26,000 orang telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. - Foto AP
31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Segera bina kolam bawah tanah, usah 'bazir' beri peruntukan mangsa banjir - Penganalisis
Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berpandangan, ia terbukti apabila banyak projek kediaman dibangunkan tanpa ada tambahan saliran atau kolam tadahan baharu.
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.
AWANI 7:45 [13/1/2025] – Tidak Ada Sijil Halal | Bukit Aman Siasat KJ | JPJ Gempur Puspakom | Makin Buruk
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini
Kerajaan negeri memperuntukkan RM41 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini termasuk bagi menggiatkan lagi kempen 'Kelantanku Bersih'.
ASEAN harus perkukuhkan amalan kemampanan untuk penuhi visi Komuniti ASEAN 2045 - Setiausaha Agung
ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kyushu Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda wilayah Kyushu di selatan Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Cuba sogok anggota polis, SPRM tahan dua warga asing
SPRM menahan dua warga asing disyaki cuba memberi sogokan RM1,000 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan atas kesalahan memandu motosikal tanpa lesen dan nombor plat tidak lengkap, semalam.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Mumbai dibadai siklon Biparjoy, operasi penerbangan terjejas
Siklon Biparjoy yang mencetuskan hujan lebat dan angin kencang itu membadai Mumbai apabila melintas di kawasan timur-tengah dan bersebelahan timur laut Laut Arab.