NEW DELHI: Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif pada Isnin dipilih sebagai Perdana Menteri ke-23 Pakistan, di tengah-tengah peletakan jawatan beramai-ramai Ahli Parlimen yang setia kepada perdana menteri digulingkan, Imran Khan.
Shehbaz, abang kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, menerima 174 undi daripada keseluruhan 342 ahli Dewan Rakyat.
Pemimpin berusia 70 tahun itu mendapat sokongan gabungan pelbagai parti di bawah Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM) dan dilihat sebagai pentadbir yang berkebolehan.
Bekas parti pemerintah Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), yang menuntut pilihan raya dipercepatkan, sepakat untuk keluar dewan beramai-ramai.
"Ahli Parlimen PTI sepakat untuk meletakkan jawatan kerana menentang kerajaan import," kata pegawai PTI Farrukh Habib.
Imran dan parti pimpinannya mendakwa kerajaan yang diterajuinya runtuh berpunca daripada campur tangan Amerika Syarikat (AS) yang berpakat dengan pihak tempatan namun, AS menafikan dakwaan itu.
Penganalisis politik menjangkakan Imran akan memberi tekanan terhadap kerajaan baharu untuk memaksa pilihan raya umum dipercepatkan memandangkan PTI dilihat menerima sokongan sebahagian besar rakyat.
Peletakan jawatan secara beramai-ramai dari Parlimen akan membantu Imran mengukuhkan lagi kedudukan politiknya dan menyukarkan kerajaan baharu, kata bekas diplomat Abdul Basit menerusi media sosial.
"Ini adalah keputusan berani dan selaras dengan dasar awamnya," kata beliau.
PTI sebelum ini mencalonkan bekas Menteri Luar Shah Mahmood Qureshi untuk mencabar Shehbaz, yang kemudian memboikot sesi pemilihan perdana menteri baharu.
BACA: Bakal Perdana Menteri Pakistan: Kenali siapa sebenarnya Shehbaz Sharif?
Timbalan Speaker Qasim Khan Suri, yang berada di kerusi speaker ketika sesi bermula, turut keluar dari dewan.
Shehbaz ialah bekas Ketua Menteri wilayah Punjab, yang mewakili lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan.
Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan angkatan tentera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022
Shehbaz, abang kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, menerima 174 undi daripada keseluruhan 342 ahli Dewan Rakyat. - Foto REUTERS
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Malaysia, Pakistan teruskan hubungan baik dengan AS - PM Anwar
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk meneruskan hubungan baik dengan Amerika Syarikat namun menegaskan kedua-dua negara adalah merdeka serta bebas.
Akibat konflik Timur Tengah akan jadi 'di luar imaginasi' - PM Pakistan
Orde dunia semasa berdepan cabaran paling getir akibat masalah seperti konflik genosid Israel, krisis Ukraine dan konflik di Asia dan Afrika.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif jemput Anwar lawat Pakistan
Perdana Menteri Anwar turut menjemput Ibrahim Shehbaz Sharif untuk melawat Malaysia.
Shehbaz Sharif angkat sumpah Perdana Menteri Pakistan
Shehbaz Sharif mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-24 Pakistan untuk penggal kedua pada Isnin.
Shehbaz Sharif dipilih sebagai PM baharu Pakistan
Parlimen Pakistan pada Ahad memilih Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri ke-24 negara itu untuk penggal kedua, tiga minggu selepas pengundian pada 8 Feb.
Shehbaz Sharif diumum calon Perdana Menteri Pakistan
Pemimpin Liga Muslim Pakistan, Nawaz Sharif pilih adiknya, Shehbaz Sharif untuk mengetuai kerajaan baharu Pakistan.
9 maut dalam letupan bom angkara pengebom bunuh diri
Kejadian berlaku berhampiran daerah Sibbi, menyasarkan trak yang membawa anggota separa tentera Balochistan Constabulary.
Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Gangguan bekalan di negara itu disebabkan penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa.