WASHINGTON: Bekas Setiausaha Negara wanita pertama Amerika Syarikat, Madeleine Albright meninggal dunia pada usia 84 tahun akibat kanser.
Berita pemergiannya disahkan jurucakap pejabat kerajaan dalam satu kenyataan.
Albright, yang juga seorang pelarian dari Czechoslovakia, menjadi pegawai diplomat tertinggi Amerika Syarikat semasa pentadbiran Bill Clinton pada tahun 1997 sehingga 2001.
Sebelum itu, Albright bertugas sebagai duta Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1993 sehingga 1997.
Mendiang terlibat dalam dua krisis dasar luar negara pada tahun 1990-an Amerika Syarikat iaitu genosid di Rwanda dan Bosnia-Herzegovina.
"Mendiang meninggalkan kesan yang mendalam kepada jabatan ini dan kami masih merasakannya sehingga hari ini," kata jurucakap pejabat kerajaan, Ned Price.
Antara pemimpin pertama yang mengucapkan takziah atas pemergian beliau adalah Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg
Stoltenberg menyifatkan mendiang sebagai "kuasa kemerdekaan" dan "juara NATO".
Mendiang dilahirkan sebagai Marie Jana Korbelova di Prague pada tahun 1937, anak seorang pegawai diplomat Czechoslavakia.
Keluarganya terpaksa melarikan diri selepas pihak Nazi menguasai negara itu pada 1939.
Mendiang kemudian berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1948 dan menjadi rakyat Amerika Syarikat yang sah pada tahun 1957.
Albright mula bekerja di White House di bawah pentadbiran Jimmy Carter dan kemudian dilantik sebagai penasihat dasar luar negara kepada beberapa calon presiden dan naib presiden.
Selepas Bill Clinton menjadi presiden pada 1993, Albright dilantik sebagai duta kepada PBB.
Pada tahun 2012, Albright menerima anugerah Presidential Medal of Freedom, anugerah tertinggi yang diberi kepada orang awam sebagai penghormatan atas usahanya untuk negara Balkan.
Astro Awani
Wed Mar 23 2022
Albright, yang juga seorang pelarian dari Czechoslovakia, menjadi pegawai diplomat tertinggi Amerika Syarikat semasa pentadbiran Bill Clinton pada tahun 1997 sehingga 2001. - Foto fail/REUTERS
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Setiausaha Negara wanita pertama AS Madeleine Albright meninggal dunia
Bekas Setiausaha Negara wanita pertama Amerika Syarikat, Madeleine Albright meninggal dunia pada usia 84 tahun akibat kanser.