SEORANG rektor universiti kesenian terkenal di Thailand mengumumkan peletakan jawatannya selepas ‘hobi’ anehnya yang gemar mengambil gambar pramugari pesawat secara curi terbongkar.
Dalam surat peletakan jawatannya kepada majlis Universiti Silpakorn, Chaicharn Thavaravej, yang menyandang jawatan rektor sejak tahun 2019, bertanggungjawab atas komen yang dimuat naik di akaun media sosialnya.
Dalam komen yang mencetus kontroversi itu, dia mengulas sesuatu yang memberi maksud bahawa pramugari pesawat sebagai 'objek yang menggiurkan'.
“Tersiar laporan berita yang menyatakan saya memuat naik gambar yang tidak sepatutnya berserta komen di media sosial. Saya mengakui melakukan perkara itu namun saya tidak berniat melakukan hal yang tidak elok.
“Oleh itu, saya bertanggungjawab dalam hal ini dan sedia meletakkan jawatan Presiden Universiti Silpakorn serta-merta, atau apabila Majlis Universiti sudah melantik rektor baharu,” ujarnya.
Pada Rabu lalu, hantaran yang menjelikkan dari Chaicarn mencetus kemarahan ramai, apabila dia memuat naik gambar seorang pramugari pesawat VietJet yang sedang bertugas tanpa pengetahuannya, dan disertakan komen yang tidak sopan.
Media tempatan melaporkan, Chaicharn mengakui, biasa mengambil gambar pramugari dalam setiap pesawat yang dinaikinya, tanpa pengetahuan wanita-wanita petugas kabin itu, dengan tujuan tontonan dan ‘keseronokan’ kenalan media sosialnya.
Portal Thaiger dan Coconuts.co turut mendedahkan kes tersebut, yang antara lain melaporkan juga tentang netizen Thailand yang marah dan telah membuat carian sehingga menemui akaun media sosial Chaicharn.
Selain identitinya didedahkan kepada umum, netizen juga mendapati akaun media sosial Chaicharn banyak memaparkan aksi pramugari dari pelbagai syarikat penerbangan, dan semuanya diambil secara diam-diam.
Difahamkan, setelah kes itu menjadi sensasi, Chaicharn telah memadamkan semua hantaran yang berkaitan dengan kontroversi berkenaan.
Agensi
Sat May 07 2022
'Minat' aneh rektor universiti itu yang suka mengambil gambar curi pramugari untuk dimuat naik dalam akaun media sosialnya, akhirnya terbongkar dan menerima kecaman masyarakat. - Gambar hiasan/Reuters
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Korea Utara alami korban besar – AS
Tentera Korea Utara dilaporkan mengalami korban besar di medan perang Rusia-Ukraine.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Iran tarik balik larangan ke atas WhatsApp & Google Play
Iran kurangkan sekatan internet dengan menarik balik larangan WhatsApp dan Google Play. Langkah ini mencetuskan perbincangan tentang penapisan dan akses media sosial global.
Presiden Jerman bubarkan Parlimen untuk pilihan raya
Steinmeier arahkan pilihan raya awal susulan kejatuhan gabungan kerajaan Scholz. Tinjauan menunjukkan parti Scholz ketinggalan di belakang blok konservatif pembangkang.
Israel serbu hospital Gaza, pesakit dan kakitangan dipindah
Tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan, utara Gaza, dan memaksa pemindahan ratusan pesakit dan orang awam, menyebabkan sebahagian kawasan hospital terbakar, kata pegawai Kementerian Kesihatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang
Batu seberat 100 metrik tan beri imej baharu kepada kawasan tersebut, sambil mempromosi batu marmar asli bermutu tinggi di jajahan itu.
Sering ambil gambar curi pramugari, rektor universiti dikecam, akhirnya letak jawatan
Dalam komen kontroversi itu, dia mengulas sesuatu yang memberi maksud bahawa pramugari pesawat sebagai objek yang 'mengghairahkan'.