Ketua Pegawai Eksekutif Kementerian Luar New Zealand, John Allen hari ini memohon maaf kepada kerajaan negara itu ekoran kekalutan yang ditimbulkan kementerian itu dalam menangani kes diplomat warga Malaysia yang dituduh melakukan rompakan dan serangan seksual.
Memetik laporan The New Zealand Herald, permohonan maaf kepada kerajaan adalah atas kelemahan dalam nasihat yang diberikan kepada kerajaan oleh pihak kementerian dan pengurusannya dalam sesuatu insiden yang serius seperti itu.
"Kementerian tidak dapat menunaikan sepenuhnya tanggungjawab kepada kerajaan pada dan kami memandangkegagalan ini sebagai sesuatu yang serius.
"Adalah selama ini menjadi dasar rasmi kerajaan New Zealand untuk meminta penepian kekebalan diplomatik dalam kes-kes seperti ini," kata Allen
Beliau berkata pihak kementerian sedang mengkaji proses sedia ada untuk menangani isu sebegini dan dijangka akan melantik pihak bebas untuk membantu.
Kajian ini akan memberi tumpuan kepada dua perkara: komunikasi tidak rasmi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang membuka kemungkinan kepada tindakan yang berbeza yang diharapkan oleh pihak kerajaan dan hakikat bahawa Menteri Luar New Zealand tidak diberikan maklumat secukupnya.
Awal hari ini, Menteri Luar New Zealand Murray McCully memohon maaf kepada Perdana Menteri John Key kerana tidak memaklumkan sepenuhnya mengenai kes pegawai diplomatik Malaysia sebelum Key bercakap mengenai secara terbuka mengenai perkara ini.
McCully turut meminta maaf secara terbuka kepada mangsa yang beliau sendiri tidak mengenali identitinya.
Memetik laporan portal berita stuff.co.nz, Murray memohon maaf atas tindakan di bawah standard yang diharapkan.
“Kami (Kementerian Luar dan Perdagangan) meminta maaf di atas prestasi yang di bawah standard yang diharapkan,” kata beliau.
Murray mengesahkan bahawa beliau telah cuba untuk mengenal pasti pihak yang tahu tentang insiden ini dan bila ia berlaku.
Difahamkan beliau sebelum ini tidak diberitahu bahawa Malaysia telah menolak permohonan untuk mengetepikan kekebalan diplomatik Muhammad Rizalman Ismail sehinggalah minggu lalu, sebulan selepas Rizalman meninggalkan New Zealand.
"Sepanjang pengetahuan saya, ada beberapa kakitangan di dalam kementerian telah diberi salinan [surat-menyurat]," kata McCully.
Beliau difahamkan bahawa seorang kakitangan menerima emel mengenai isu ini tetapi “tidak membukanya. Dia sedang berada di satu lokasi yang tiada kemudahan untuk berkomunkiasi.
"Kakitangan saya yang lain sepatutnya telah dimaklumkan, tetapi tidak dilakukan."
Agensi
Wed Jul 02 2014

Ketua Pegawai Eksekutif Kementerian Luar New Zealand John Allen. -Sumber mfat.govt.nz
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Serangan seksual: Kementerian Luar NZ minta maaf kepada kerajaan, mangsa
Kementerian Luar memohon maaf kepada kerajaan negara itu ekoran kekalutan yang ditimbulkan jabatan dalam menangani kes gangguan seksual.