Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan Rusia di sebuah wilayah Ukraine pada Jumaat.

Gabenor wilayah memaklumkan serangan mencetuskan kebakaran di sebuah pusat membaiki kereta.

Katanya, dua kanak-kanak antara 20 yang cedera.

Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.

Dalam kejadian berasingan, sebuah peluru berpandu juga merosakkan bangunan pentadbiran di tenggara negara itu, mengorbankan dua orang.

Menurut gabenor menerusi Telegram, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan seorang mangsa masih hilang.