GAZA/JERUSALEM: Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke Israel, manakala sebilangan pejuang Palestin telah menembusi Israel dari Gaza, menurut tentera Israel Sabtu.
Menurut sumber perubatan Israel, pusingan baharu konflik antara kedua-dua pihak telah mengorbankan 22 warga Israel.
Serangan mengejut bermula beberapa minit sebelum 7 pagi waktu tempatan (0400 GMT) pada hari cuti Israel Simchat Torah, lapor Xinhua.
Dua jam selepas serangan bermula, tentera udara Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza. Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant turut mengerah askar simpanan.
Rakaman di media sosial menunjukkan lelaki bertopeng memandu di sekitar bandar Sderot Israel sambil melepaskan tembakan di jalanan. Saluran berita Israel memetik kenyataan penduduk beberapa bandar di sempadan Gaza bahawa terdapat lelaki bertopeng di jalanan sambil memegang senjata api.
Mohammed al-Deif, seorang pemimpin Hamas, mengumumkan permulaan operasi ketenteraan baharu "Banjir Al-Aqsa" terhadap Israel, melalui satu kenyataan ringkas yang dirakamkan.
Pihak berkuasa kesihatan Hamas dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan bahawa Israel menyerang sebuah hospital di utara Gaza, membunuh seorang pekerja dan mencederakan beberapa penduduk tempatan.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat protes di sempadan, dengan penunjuk perasaan membakar tayar dan membaling bahan letupan ke arah tentera Israel. Hamas berkata bantahan itu sebagai reaksi terhadap lawatan Yahudi ke masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis baru-baru ini. Sebagai tindak balas, Israel telah menghalang kemasukan penduduk Gaza yang mempunyai permit untuk bekerja di negara itu.
Komando Barisan Dalam Negeri Israel telah mengumumkan sekolah akan ditutup pada hari Ahad di banyak kawasan di seluruh negara.
BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sat Oct 07 2023
![Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Gaza ke Israel, sekurang-kurangnya 22 maut Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Gaza ke Israel, sekurang-kurangnya 22 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696684701_IsraelGazaRocket.jpg)
Serangan mengejut bermula beberapa minit sebelum 7 pagi waktu tempatan (0400 GMT) pada hari cuti Israel Simchat Torah. - Gambar Reuters
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
![Polis serah siasatan aktiviti bom ikan kepada Jabatan Perikanan, Perhutanan Polis serah siasatan aktiviti bom ikan kepada Jabatan Perikanan, Perhutanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710336825_TularbomikanPoli.jpg)
Polis serah siasatan aktiviti bom ikan kepada Jabatan Perikanan, Perhutanan
Polis menyerahkan siasatan seterusnya kepada Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perikanan negeri berhubung aktiviti penangkapan ikan menggunakan bahan letupan oleh sekumpulan lelaki di Hulu Perak.
![Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.
![Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697431577_tbpekerjakilang.jpg)
Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.
![Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Gaza ke Israel, sekurang-kurangnya 22 maut Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Gaza ke Israel, sekurang-kurangnya 22 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696684701_IsraelGazaRocket.jpg)
Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Gaza ke Israel, sekurang-kurangnya 22 maut
Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke Israel, manakala sebilangan pejuang Palestin telah menembusi Israel dari Gaza, menurut tentera Israel Sabtu.
![Nelayan didenda RM11,000 miliki bahan letupan, tangkap ikan tanpa lesen Nelayan didenda RM11,000 miliki bahan letupan, tangkap ikan tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665038323_TBGAVEL.jpg)
Nelayan didenda RM11,000 miliki bahan letupan, tangkap ikan tanpa lesen
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, yang membawa hukuman penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
![Bom ikan: Enam sekeluarga terkejut lihat lelaki berlumuran darah Bom ikan: Enam sekeluarga terkejut lihat lelaki berlumuran darah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624723489_Murder.jpg)
Bom ikan: Enam sekeluarga terkejut lihat lelaki berlumuran darah
Mangsa yang maut mengalami kecederaan di leher manakala seorang lagi lelaki cedera parah di tangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
![Seorang maut, seorang lagi parah terkena bahan letupan buatan sendiri Seorang maut, seorang lagi parah terkena bahan letupan buatan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656868245_garisanpolispolic.jpg)
Seorang maut, seorang lagi parah terkena bahan letupan buatan sendiri
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah terkena bahan letupan buatan sendiri di pusat rekreasi Lata Kekabu, pada Isnin.
![Polis tahan lelaki miliki mercun, bunga api Polis tahan lelaki miliki mercun, bunga api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81651333427_mercun.jpg)
Polis tahan lelaki miliki mercun, bunga api
Polis menahan seorang lelaki yang memiliki bahan letupan di Kampung Sungai Tinggi, Padang Gajah, dekat sini, lewat malam tadi.
![Dua lelaki ditahan dipercayai mengebom ikan di Pulau Gaya Dua lelaki ditahan dipercayai mengebom ikan di Pulau Gaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545580172_handcuff.jpg)
Dua lelaki ditahan dipercayai mengebom ikan di Pulau Gaya
Dalam operasi yang dijalankan pada jam 6 petang itu, seorang daripada lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala seorang lagi adalah warga tempatan berusia 34 tahun.
![1 maut, 6 cedera dalam serangan bom bunuh diri di balai polis Medan 1 maut, 6 cedera dalam serangan bom bunuh diri di balai polis Medan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573624657_TBSUICIDEBOMB.jpg)
1 maut, 6 cedera dalam serangan bom bunuh diri di balai polis Medan
Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia masih menyaisat punca serangan.