Seorang paderi di Sacramento, Amerika Syarikat menimbulkan kontroversi apabila dengan lantangnya menyatakan ‘kesyukuran’ berhubung kejadian tembakan rambang yang dilakukan seorang pemuda, Omar Mateen, 30, di kelab malam Pulse, pada Ahad lalu.
Menurut paderi Roger Jiminez, dari Gereja Verity Baptis, dia tidak langsung bersedih dengan kematian mangsa dalam insiden tembakan rambang yang meragut 50 nyawa serta mencederakan 53 yang lain itu.
Beberapa jam selepas insiden itu, Jiminez dalam ucapannya di gereja, menyatakan, “Ia seperti yang didoakan. Takkan kamu bersedih kerana 50 peliwat terbunuh?"
BACA: Serangan Orlando: Siapa Omar Mateen?
“Saya rasa ia bagus. Kini Orlando, Florida akan lebih selamat.”
Bagaimanapun, komennya di laman YouTube berhubung pandangannya itu dipadamkan oleh golongan aktivis LGBT dan pihak berkuasa tempatan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Orlando sudah mengenal pasti kesemua identiti mangsa - lingkungan 18 hingga 50 tahun. Daripada 53 orang yang cedera, hanya 27 yang masih menerima rawatan di hospital – enam dalam keadaan kritikal, menurut doktor di Pusat Perubatan Orlando.
Antara yang cedera, Angel Colon, yang cedera di kaki akibat terkena tembakan – dengan daging betisnya hancur akibat dipijak ketika berasak-asak menyelamatkan diri di Pulse.
“Saya terdengar bunyi tembakan pada jarak yang dekat. Ketika saya cuba melihat dan jelas nampak dia (penembak) menembak gadis di sebelah saya. Saya cuma baring. Yang berlegar dalam fikiran, sayalah mangsa seterusnya, saya akan mati,” menurut Colon ketika menceritakan detik cemas itu kepada wartawan.
“Semua mendengar dia (Mateen) sedang bercakap dengan anggota pasukan kecemasan talian 911, yang memberitahu niatnya melakukan serangan ini agar Amerika Syarikat berhenti menyerang dan melancarkan bom ke atas negaranya,” kongsi seorang lagi mangsa, Patience Carter.
Carter memberitahu situasi paling menakutkan ketika Mateen bertanya, siapa di kalangan kamu berbangsa Afrika – Amerika? sebelum memberitahu semua orang, “Kamu tahu, saya tidak ada masalah dengan warga kulit hitam. Ini adalah mengenai negara saya.”
Serangan tembakan itu turut memberi kesan terhadap etnik Latin di Orlando – dimana ketika kejadian tembakan, kelab tersebut menganjurkan tema etnik itu dengan ribuan yang hadir meskipun sudah lewat malam.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Rabu menyatakan solidariti terhadap komuniti LGBT di negara itu dengan menyifatkan pelaku sebagai ‘marah, mengalami gangguan emos,i tidak stabil hingga mengundang menjadi lebih radikal."
Tambah Obama, pihak berkuasa percaya, suspek, Mateen – penganut agama Islam – telah terdedah dengan propaganda ekstermis menerusi online.
Obama dijadual berlepas ke Orlando pada Khamis.
Agensi
Wed Jun 15 2016
![Serangan Orlando: Paderi cetuskan kontroversi, keluar kenyataan tidak sedih peliwat mati Serangan Orlando: Paderi cetuskan kontroversi, keluar kenyataan tidak sedih peliwat mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71465911754_OmarMateen.jpg)
Omar Mateen (gambar) menjadi penyebab terpalitnya sejarah hitam buat keluarga 50 nyawa yang terkorban dalam kejadian tembakan di kelab malam gay, Pulse. - Gambar fail
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
Denda terhadap syarikat ADSSB lewat bekal Black Hawk
Adly berkata, pihak ADSSB juga turut telah memohon tuntutan lanjutan masa kedua kepada pihak kementerian.
Faisal Halim berduka pemergian Kim Pan-gon
Pemain kebangsaan, Faisal Halim, meluahkan rasa kekecewaan menerusi laman Instagramnya ekoran pengumuman mengejut Kim Pan-gon meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan serta-merta.
Sebelum ini, jurulatih berusia 55 tahun itu meluangkan masa melawat tonggak Selangor itu ketika dimasukkan ke hospital akibat terkena simbahan asid di sebuah pusat beli belah di Lembah Klang.
Sebelum ini, jurulatih berusia 55 tahun itu meluangkan masa melawat tonggak Selangor itu ketika dimasukkan ke hospital akibat terkena simbahan asid di sebuah pusat beli belah di Lembah Klang.
![Sekurang-kurangnya dua maut dalam nahas jet peribadi Florida Sekurang-kurangnya dua maut dalam nahas jet peribadi Florida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707538273_TBPlaneCrash.jpg)
Sekurang-kurangnya dua maut dalam nahas jet peribadi Florida
Sebuah jet peribadi dinaiki lima orang penumpang terhempas di di Interstate 75 berhampiran Naples, di pantai barat daya Florida.
![Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697468269_AaliyahYoongHanifa.jpg)
Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan.
![Florida: Mayat manusia ditemukan dalam mulut aligator Florida: Mayat manusia ditemukan dalam mulut aligator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694663333_mayat.jpg)
Florida: Mayat manusia ditemukan dalam mulut aligator
Aligator itu dikeluarkan dari air dan telah dibunuh.
![Taufan Idalia memaksa pemindahan, pembatalan penerbangan di Florida Taufan Idalia memaksa pemindahan, pembatalan penerbangan di Florida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693269248_StormIdalia.jpg)
Taufan Idalia memaksa pemindahan, pembatalan penerbangan di Florida
Ribut Tropika Idalia bertambah kuat dan bertukar taufan Kategori 2 pada petang Selasa.
![Tiga orang mati ditembak di Florida, polis sifatkan kejadian 'bermotif perkauman' Tiga orang mati ditembak di Florida, polis sifatkan kejadian 'bermotif perkauman'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693093071_massshooting.jpg)
Tiga orang mati ditembak di Florida, polis sifatkan kejadian 'bermotif perkauman'
Seorang lelaki kulit putih menembak mati tiga orang di dalam sebuah kedai runcit di kawasan yang sebahagian besar dihuni oleh penduduk kulit hitam.
![Muhammad Azeem raih tempat keenam di Florida Muhammad Azeem raih tempat keenam di Florida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676083468_TBAZEEM.jpg)
Muhammad Azeem raih tempat keenam di Florida
Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan saingan acara 100 meter (m) di tempat keenam pada Kejohanan East Coast Relays di Jacksonville, Florida.
![Bekas teman wanita Tiger Woods fail saman, dakwa wujud perjanjian kongsi rumah Bekas teman wanita Tiger Woods fail saman, dakwa wujud perjanjian kongsi rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678518595_TBtigerwoods.jpg)
Bekas teman wanita Tiger Woods fail saman, dakwa wujud perjanjian kongsi rumah
Peguam Tiger Woods menafikan bahawa pemain golf terkemuka itu dan bekas teman wanitanya, Erica Herman memiliki perjanjian perkongsian rumah bersama di Florida.
![Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/61565952998_TBPELUNCURNEGARA.jpg)
Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.
![Penumpang tanpa pengalaman kendali pesawat selepas juruterbang tidak 'berupaya' Penumpang tanpa pengalaman kendali pesawat selepas juruterbang tidak 'berupaya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652546374_TBMASHUP.jpg)
Penumpang tanpa pengalaman kendali pesawat selepas juruterbang tidak 'berupaya'
Detik mendebarkan itu dikongsikan pengawal trafik udara, Robert Morgan kepada wartawan.
![Bot bawa 40 PATI karam di perairan Florida, 39 hilang Bot bawa 40 PATI karam di perairan Florida, 39 hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643155179_TBFortPierceInlet.jpg)
Bot bawa 40 PATI karam di perairan Florida, 39 hilang
Bot berkenaan karam selepas dipukul ombak kira-kira 72.4 km barat Fort Pierce Inlet, di persisir pantai Florida.