GAZA: Serangan berterusan tentera penceroboh Israel di selatan Semenanjung Gaza menyukarkan warga Palestin daripada memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam konflik antara Israel-Hamas.
Pengeboman itu memaksa majlis pengebumian penduduk terpaksa dibuat dalam waktu singkat dan tergesa-gesa.
Situasi itu dialami Samira Ismael, 28, yang kehilangan seluruh keluarganya dalam serangan Israel di Khan Yunis selain beliau sendiri turut cedera di seluruh tubuhnya akibat serpihan bom.
Kecederaan dialami wanita itu menghalangnya daripada menghadiri pengebumian ringkas ibu, bapa dan adik-beradiknya di tanah perkuburan majlis perbandaran tidak jauh dari hospital.
Kehilangan peluang terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga tersayang membuatkan wanita itu kini terjerumus ke dalam penderitaan yang tidak tertanggung.
"Semuanya dilakukan dengan cepat... Peperangan ini membuatkan saya keseorangan dengan banyak kenangan buruk.
"Saya tidak dapat menanggung kesakitan yang saya alami sekarang. Saya merindui keluarga saya dan ingin mencium kesemua mereka," kata wanita itu kepada Xinhua.
Seorang lagi penduduk Younis Abu Al-Ezz mencari perlindungan di bandar Deir al-Balah di selatan Gaza tidak dapat menahan kesedihan kerana tidak dapat berada di sisi bapanya yang ditembak mati.
Menurut lelaki itu beliau hanya mengetahui pemergian bapanya dua hari selepas kejadian di tengah-tengah kekacauan selain komunikasi terputus dan infrastruktur yang rosak teruk di wilayah itu akibat serangan rejim Israel.
Bapanya terbunuh selepas ditembak tentera rejim di Hospital Al-Shifa di utara Gaza selepas enggan mematuhi arahan berpindah ke selatan Gaza.
"Pembunuhan bapa saya adalan satu tamparan besar dalam hidup saya, terutamanya kerana saya anak sulungnya, tetapi saya tidak hadir bersamanya dalam saat-saat getir ini," kata Abu Al-Ezz kepada Xinhua.
Konflik antara Israel-Hamas telah berlarutan selama hampir tiga bulan, mengakibatkan longgokan jenazah dalam khemah dan halaman hospital di seluruh Gaza.
Pengebumian penduduk diadakan dalam waktu singkat dan tergesa-gesa.
Penduduk yang terbunuh jika boleh dikenal pasti akan ditandakan dengan maklumat peribadi pada kain kafannya untuk dituntut oleh saudara-mara dan rakan-rakan.
Selepas solat, jenazah akan dikebumikan di kawasan hospital, seringkali dikebumikan bersama dalam sebuah kubur besar.
Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Raed Al-Nems berkata adalah satu cabaran besar untuk mengebumikan jenazah penduduk ketika serangan Israel berterusan.
"Malangnya kebanyakan orang ramai tidak boleh mengebumikan anggota keluarga mereka yang terbunuh atas banyak sebab, termasuk disebabkan kecederaan dialami akibat pengeboman Israel atau ketidakupayaan mereka untuk bergerak atas faktor keselamatan," katanya.
Jurucakap itu berkata kru Bulan Sabit Merah yang dikerahkan di Gaza cuba mendapatkan semua mangsa secepat mungkin, tetapi ia di luar kemampuan mereka dengan kemerosotan sistem kesihatan dan kekurangan bahan api yang diperlukan untuk mengendalikan ambulans.
Menurut Al-Nems, pengeboman itu mengakibatkan sejumlah besar kematian dan kecederaan di wilayah yang sesak, terutamanya di tengah dan selatan Gaza.
Menurut statistik kementerian kesihatan di Gaza pada Sabtu, serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt mengakibatkan sekurang-kurangnya 21,672 rakyat Palestin terbunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023

Pengeboman itu memaksa majlis pengebumian penduduk terpaksa dibuat dalam waktu singkat dan tergesa-gesa. -Gambar fail/AP

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.