Serangan terbaru rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza sebenarnya merupakan agenda tersembunyi mereka yang tidak mahu menjadi saksi kepada perpaduan Hamas dan Fatah serta perpaduan negara-negara Arab pada keseluruhannya.
Presiden bagi Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST), Dr Chandra Muzaffar, berkata, pemain utama dalam krisis ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mempunyai agenda tersembunyi dan serangan bertubi-tubi Israel itu bukanlah semata-mata untuk membalas dendam kematian tiga remaja Israel yang diculik Hamas minggu lepas.
“Israel sebenarnya tergugat dengan serangan roket Hamas. Walaupun tiada kaum Yahudi terbunuh namun, serangan oleh Hamas itu menandakan perpaduan diantara Hamas dan Fatah mampu dicapai dan inilah yang tidak mahu disaksikan oleh Israel, terutama sekali apabila rakyat Palestin bersatu dengan negara-negara Arab lain”, kata Chandra.
Chandra juga berkata serangan Israel ini juga dilihat sebagai agenda tersembunyi Israel untuk kembali dan menakluk Gaza walaupun secara rasminya Israel telah berundur dari Gaza pada tahun 2005.
“Serangan ini merupakan satu usaha untuk mengambil semula Gaza. Kedudukan Hamas kukuh kerana Gaza dan Israel bimbang jika Hamas menguasai Gaza, ini akan membawa kesan yang besar kepada Israel. Walaupun secara rasminya Israel telah berundur dari Gaza, namun mereka masih menguasai laluan laut, darat dan sebagainya”, tambah Chandra.
Menurut Chandra, tidak kira apapun agenda yang dibawa oleh Netanyahu, namun adalah sangat jelas bahawa Israel 'terancam’ dengan serangan berani Hamas dan tindak balas Israel ini merupakan satu bentuk mekanisme pertahanan Israel.
Selepas berpuluh-puluh serangan menerusi Operasi Perlindungan Edge Israel memusnahkan wilayah Palestin awal hari ini, jumlah terkorban kini mencecah kepada 64.
Serangan udara dan pertempuran sengit antara Israel dan pejuang Hamas masuk hari ketiga hari ini. Ketegangan kembali memuncak susulan insiden penculikan seorang remaja Palestin yang dibunuh kejam dan penemuan tiga mayat remaja Israel di Tebing Barat.
Linawati Adnan
Thu Jul 10 2014

Israel mempunyai agenda tersembunyi - Professor Chnadra Muzaffar

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.

Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.

Arab Saudi anggap cadangan PM Israel helah alih tumpuan daripada jenayah perang di Gaza
Arab Saudi menyatakan penghargaan kepada kecaman, bantahan dan penolakan penuh daripada negara-negara Arab terhadap Benjamin Netanyahu yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin.

Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".

Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

Gencatan senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin.